Sunday, 16 September 2012

Tentang dia ~

Kala hati ini diketuk rasa rindu
Pasti seraut wajahmu singgah di kalbuku
Kau selalu bersamaku
Ketika lapangnya waktumu

Adat satu hubungan
Pasti pergaduhan mewarnainya
Dan itu lah yang merapatkan jarak antara kau dan aku
Sungguh indah saat itu

Waktu ini kau dan aku terpisah kerana tuntutan ilmu
Kau bilang padaku peritnya perjuangan itu
Aku kabarkan padamu perjuangan mana yang tidak menuntut pengorbanan ??
Jika ada kesungguhan disitu pasti ada jalan
Kau pegang itu !

Jangan jadikan keperitan atau kesusahan itu sebagai pengahalang kejayaanmu
Ingatlah pesan ayah ibumu
Pasakkan lah harapan keluargamu didalam benak mu
Jadikan lah ia sebagai sumber kekuatan dikala kaki mu lemah melangkah
Disaat jasadmu lelah dan terasa mahu rebah
Engatlah segala keperitan yang pernah kau lalui
Jadikan ia sebagai pengalaman hidupmu dan mengajarkanmu erti kematangan
Kerana diluar sana pasti kau menemui orang-orang yang kau tidak kenali sifat mereka
Sifat yang sungguh asing bagimu  mungkin ..


Aku tidak melarangmu untuk bergaul bersama mereka
Gauli mereka , pelajari pengalaman hidup mereka
Jadikan ia sebagai benteng pertahanan dirimu dalam musafirmu dibumi Allah ini
Aku nantikan kejayaanmu itu .

Bergantung lah kau kepada Rabbul izzati
Nescaya Allah pelihara hidupmu
Kerana sebaik-baik pergntungan ialah pergantungan Allah s.w.t


Selamat bermujahadah aku ucapkan padamu duhai adikku
Kuatlah engkau dalam menghadapi mehnah penuntut ilmu
Jika kau sabar , Kejayaan pasti milikmu !
insyaAllah .. ~









Read more...

Wednesday, 29 August 2012

Salah kah aku ??

Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan . Tidak kira lah bijak pandai ke atau sebaliknya . Tetapi aq berasa hairan apabila seseorang yang dipandang baik dan dikira alim melakukan kesalahan yang mungkin dia sendiri tersasar dari jalan yang sepatutnya di hentam habis-habisan .

Memang tidak salah menegur , tetapi teguran yang diberikan seolah-olah 'KAU TIDAK BOLEH MELAKUKAN KESILAPAN ! KAU DAH TAU BENDA TU SALAH KENAPA KAU BUAT ??'





Ya , memang kita tau sesuatu benda itu salah dan tidak boleh kita lakukan .. tetapi manusia itu terkadang lupa dan perlu diingatkan dan dinasihati semula . Kerana nasihat dan teguran itu lah yg menjadikan manusia sentiasa beringat dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama .

Kehairanan aq memuncak apabila sesorang itu menegur mereka-mereka yang dikategorikan sebagai seorang yang baik lagi soleh/ah dengan teguran yang sangat menyakitkan hati dan dibenci seolah-olah mereka melakukan kesilapan yang sangat besar . Sedangkan jika dinasihat elok-elok , kena dengan cara , masalah boleh selesai .

Mengapa mereka tidak boleh menasihati dengan berhikmah seperti mana mereka menasihati mereka-mereka yang memerlukan bimbingan ?? Mengasihi sepertimana selayaknya persaudaraan orang-orang beriman ??Mengapa ?? Mungkin kah mereka yg baik-baik belaka ni tidak punya hati dan perasaan ?? Atau , mereka yg alim ni compom makan dengan kata-kata benci yang kamu lontar kan ??

Allah .. teman-teman .. itu lah wujudnya persaudaraan dalam islam ..menegur saudaranya tika mana saudaranya tersasar dari landasan yang sepatutnya . Hatta mereka alim sekalipun , tegur lah secara berhikmah sepertimana kamu menegur saudara-saudara kamu yang lain .


Kerana kebencian bukan sahaja memburukkan keadaan malah persaudaraan juga akan punah dan lebur ..

KERANA ...

"berkasar dan lepas cakap dalam kritik dan memberi nasihat membawa kepada penutupan pintu hati dan telinga. sementara berlemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan memberi kesan dalam jiwa"


JUGA ...

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur


Engat lah teman ..kita semua manusia biasa yang sering inginkan kemanisan dan kebaikan .. Manusia yang sering lalai dan terlupa .. Nasihati lah semua saudaramu dengan menggunakan cara yang sebaiknya tanpa melahirkan sekelumit benci didalam hatimu .. Kerana dakwah itu lahir dengan kasih sayang bukan kebencian ..






Read more...

Thursday, 2 August 2012

BuNgA & mUtiArA

WANITA....
Sesungguhnya betapa mulia jadi seorg WANITA

Wanita yang tidak tertutup IBARAT seperti BUNGA,
Sangat cantik dipandang,

Sangat harum wangiannya,
aroma yang bagus - semua orang menyukai mereka.

WANITA Ibarat bunga,
semasa Anda mendapatkannya,
betapa mereka itu bagus, harum dan segar.

Anda menyiram nya;
terus menjadikan air untuk membuat mereka hidup....

Namun, setelah beberapa saat, bunga-bunga layu dan rosak, mati; lemah...

Sekarang Anda harus membuangnya;
menyingkirkan mereka;
Bak kata pepatah.... "HABIS MADU SEPAH DIBUANG"...
Itu adalah perumpamaan dari wanita yang tidak tertutup.

Sekarang, seperti untuk wanita yang di tutup
Dia adalah IBARAT seperti dari MUTIARA yang mendalam dari dasar laut di antara semua hal batu karang dan laut.

WANITA Ibarat MUTIARA...,
Hal tentang mutiara ini adalah;
ia selalu hadir dalam cengkeramnya;
Kecantikan adalah menarik bagi mata melihat;
ia mempertahankan kesucian dan nilai harga diri;
Seorang pemilik mutiara ini terus menjaganya dengan baik dan dilindungi karana itu adalah sesuatu ternilai dan tidak boleh dijual beli.....

Wanita itu adalah mutiara, tutup nya / jilbab / niqaab adalah pelindung.
Dan itu adalah perumpamaan dari wanita yang tertutup.

Perbezaan antara keduanya adalah, BUNGA akan lemah dan layu manakala mutiara terus kekal bersinar....

Wahai WANITA...
Pilihan ditangan anda....anda yg tentukan...

Pilih jadi BUNGA @ MUTIARA.....

Sebab itu wanita diumpamakan dengan bunga...
Kedua-duanya indah.
Indah di mata.
Indah di hati.
Memangnya manusia itu suka pada keindahan.

Namun...

Indah bunga itu tergambar pada rupa, bentuk dan warnanya...

Indah wanita itu terzahir pada tulus hatinya...


created by 'KALIS RINDU'











Read more...

Monday, 30 July 2012

Waah!! Sedapnye makaaaannn !!




Apa punya tajuk la alfaqirul ni .. pose2 dia sibuk bukak citer pasal makan pulk .. paaaaaaaaaaaaaaaannngggg! ( Bunyi tapak kasut bata saiz 8 melekat dimuka ) haa .. itulah ..lain kali tunggu sampai orang nk habis bercerita .. ni aq tak start  lagi kau dah menyampuk ..amekaw! rasekan ..! huahuahuahuahua .. eh , eh terlebih sudah .. ok la abaikan watak sampingan tadi tu ..


Berdasarkan gambar diatas .. telah terjadi beberapa dialog diantara adik-adik kite ni ..

Adik baju biru : weyh , apo bondo ni ??buleh make ko ??


Adik baju Hijau : Huk aloh demo .. kecek time make .. tersembur air liur .. najis mu tau dop??

Adik baju biru : najis aponyo ???

Adik Baju hijau : Najis mutawogelitoh ...

Adik baju kuning : berkate dalam hati ( erk , wujod ko najih 2 ?? yang aq tau najis ado 3 ja .. hmm .. aq tak ngaji lagi kot bab yang tu .. tak po tanyo ustazah sok deyh )



weh , weh alfaqirul .. kau nak cerita pasal ape sebenarnye ni ?? tak paham aq .. nak kecek klate konon .. cakap serupa siam ade hati nak cakap kelantan ..piiiiiiiiiiiiiirrrrraaaaaahhh !

Aiii ... memang , menguji keimanan betol la watak tak berapa nak samping ni.. aq nk masuk bahagian isi la ni .. kau sabar buleh ????

إٍذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ مَعَ جَمَاعَةٍ وَسَبِعَ فَلَا يَرْفَعْ يَدَهُ حَتَّى يَرْفَعْ الْقَومٌ فَإِنَّهُ يُخْجِلُ جَلِيسَه
    رواه البيهقي-  



- Apabila makan seorang kamu dengan jemaah ramai dan kemudian kamu berasa sudah kenyang , maka janganlah engkau mengangkat tangan ( berhenti ) sehingga jemaah mengangkat tangan nya jua .


Hadith ini bermaksud elokkan adab pergaulan ketika makan ..


watak sampingan : ermm ..mak...

alfaqirul : ahhh ! kau diam . aq x habis tulis lagi ni .. jgn tanye macam2 ..


Berbalik kepada hadith diatas suke lah sekiranya saya ingin berkongsi dengan anda-anda sekalian mengenai adab makan berjemaah .

Saya tahu pasti diluar sana ramai yang sering melakukan makan secara berjemaah .. lebih-lebih lagi makan didalam dulang .. Tidak kira la ketika iftar , makan malam dan sebagainya . Jadi , izin saya/ana/aq/eden/ambo berkongsi serba sedikit mengenai adab makan berjemaah .

1 : Jangan lah kita mengambil makanan terlebih dahulu sebelum orang yang lebih mulia mengambilnya .. Orang mulia disini bermaksud seperti tok guru dan seangkatan dengannya.

2: Sunat bercerita ketika makan 

watak sampingan : what???!!! sunat ?? dulu time aq kecik-kecik , moyang aq selalu cakap "tak elok bercakap time makan "

alfaqirul : aq rasa tangan aq dah ringan dah ni nk capai kasut but phua chukang uh .. 

watak sampingan : errr .. ok2 .. sory .. sila teruskan penulisan anda .

alfaqirul : good!

sunat bercerita disini ialah bercerita perkara-perkara yang baik-baik sahaja.

3 : Sunat melebihkan taulan yang ada bersama kita.

4 : Sunat menuang air basuh tangan untuk tetamu .

5 : Jangan malu makan bersama orang ramai .

6 : Ketika makan bersama kawan jangan lihat mulutnya .

watak sampingan : KENAPE????

alfaqirul : aiseymen mamat ni .. sabo je larh .kalau hang dok tgok mulut kawan hang tu , nanti malu la dia nk makan ..dah...kempunan budak tu nak melahap juadah kat depan tu .

7 : Jangan mengerjakan sesuatu yang dibenci oleh kawan .

8 : Sunat memalingkan muka jik ingin membuang sesuatu yang melekat pada gigi .

Hadith lain juga ada menyebut :


أَذِيبُوا طَعَامَكُمْ بِذِكْرِ اللهِ وَالصَّلَاةِ وَلاَ تَنَامُوا عَلَيْهِ فَتَقْسُوَ قُلُبُكُمْ

رواه ابو نعيم في الطيب عن عائشة



-Hadamkanlah makanan kamu itu dengan berzikir ataupun dengan sembahyang , ataupun jangan kamu tidur selepas makan , nanti keras hati ataupun degil.

Hadith diatas bermaksud disuruh kita menghadamkan makanan dengan solat ataupun berzikir kerana solat itu sebagai riadah yang telah difrdhukan keatas kita .

Maklumat tambahan :

*keras hati bermaksud payah untuk menerim pelajaran .

Adab-adab ketika makan :

1 : Memulakan dengan basmalah 

2 : Makan dengan menggunakan tangan kanan .

3 : Sunat menghancurkan makanan dengan mengunyah sehingga hancur kemudian telan .

4 : Jangan masukkan suapan kedua sebelum suapan yang pertama belum habis .

5 : Sunat jangan banyak minum air ketika makan .


sekian dari saya seorang hamba yang fakir lagi hina ..wallahua'lam ..~

Read more...

Saturday, 28 July 2012

Sampaikan Pesan Ku Padanya




Angin .. jika kau berhembus lembut melaluinya katakan padanya aku teman dia selamanya ..





Air .. Jika kau mengalir disisinya ..
Beritahulah padanya aku memohon maaf atas segalanya ..






Burung jika kau terbang melintasinya ...
Sampaikan kataku ini kepadanya ..
   "Kita dipertemukan lewat takdir tuhan .. Kita bersama atas kasih persaudaraan .. Kita dipisahkan kerna batas waktu seharian .. Namun kasih kita subur berpanjangan .. malah dirimu tidak pernah ku tinggalkan meski kita jarang bersama .. tapi doa yang aku panjatkan untukmu sentiasa terangkai dalam 1 jambangan .. Malah harumnya tersebar istimewa buat seorang insan .. semoga dirimu mekar dalam bimbingan cinta Tuhan ....."



                                               *       *         *       *         *           *         *


Angin .. Terima kasih atas hembusanmu ..katakan jua padanya aq tidak mahu dia menjadi temanku tapi aq mahu dia jadi sahabatku selamanya...
Air .. sungguh tenang aliranmu ..beritahulah padanya aq memaafkannya dan aq juga memohon maaf padanya diatas kekhilafanku sepanjang bersahabat bersamanya .

Terima kasih tidak terhingga aq ucapkan kepadamu duhai burung .. kerana kau sanggup menebarkan sayap kecilmu menuju kepadaku dan menyampaikan secicip pesan itu .. Tapi , masih sanggupkah kau burung untuk menyampaikan pesan ku pula padanya jika kau melewati sahabatku yang satu itu ??sanggupkah kau burung ??Akuu hanya ingin menitipp beberapa pesan ini sahaja ..

katakan kepadanya..jazakallah atas ingatanmu kepadaku moga doamu itu menjadi baja yang disemai dalam jambangan itu agar aq tetap bisa terus menerus menghidu haruman istimewanya itu.1 lagi pesan ku duhai burung , katakan padanya jangan lah dia merasa beban tatkala menuturkan kalamullah di sepanjang prjalann malam nya juga letakkanlah dahinya dibumi bersujud kpd yang maha esa di saat mentari dhuha menyapa mu sahabatku ..

Juga , aku memohon maaf jika sifat kekerasan ku yang kau anggap aku tidak menghargaimu membuat dirimu berasa sedih dan kecewa ,, aku memohon maaf kepadamuu sahabatku ..





Diamku bukan lah bermakna aku tidak menghiraukanmu .. mungkin aku lebih selesa begini ..Berdiam diri .. dan memerhatikan tingkah lakumu .. Yang pasti tingkah lakumu membuatkan ku rasa bahagia ..

Jika kau ingin melepaskan amarahmu kerana sikapku silakan lah .. Aku tidak akan terasa hati denganmu .. Kerana kamu itu sahabat aku  . Mungkin juga kerana hati ini telah tepu dek tingkah laku manusia yang telah ku lalui sepanjang hayatku . Sudah sebati barangkali ... Sebati dengan luahan amarah manusia terhadapku .


Mungkin 'sebati' itu yang telah menjadikan aku seorang yang keras .. dan menyebabkan aku ini berbeza dengan teman-temanmu yang lain . Teman mu yang pandai mengambil hatimu , temanmu yang petah memujimu , temanmu yang pandai bermesra denganmu, teman mu yang sering buatmu bahagia .


Tapi tidak aku . Aku sering sahaja membuatkan sakit hatimu , aku sering tidak memahami lawak jenaka yang cuba kau sampaikan . Tapi ketahuilah sahabatku , aku sering mendoakanmu disetiap sujud terakhirku .

Ya , pada hematku tidak perlu rasanya untuk aku khabarkan kepadamu tentang keperihatinanku kepadamu tidak perlu juga untuk aku bilang kepadamu betapa aku sangat menyanyangimu sahabat .

cukuplah sekadar kau tahu bahawa kau ada aku .. sahabatmu ~

Kerana , Insan itu cacat , maknanya sendiri adalah lupa .Namun dengan ukhuwah yang terikat , anak adam akan menjadi sempurna .Selemah-lemah ukhuwah itu adalah percaya kepada sahabatnya . Dengan itu akan kembalilah kekuatan ..


Hanya itu pesan ku duhai burung .. terbanglah engkau menuju kepadanya ..........



Read more...

Friday, 27 July 2012

Teman Yang Kudamba

Teman yang kudambakan kini hilang dari pandangan dibawa belayar perpisahan
Ukhuwah dilukiskan dibadai perjuangan 
Harungi bersama kita jua oh teman

Seandainya kita ditemukan pasti berputik segar keikhlasan
Ukhuwah indah dapat dirasakan dan mengalir embun kasih sayang

Andai kita ditemukan kembali ..
Terlukis sejarah dipinggir memori
Mengimbau kembali terlayar ilusi .. Mengalir air mata suci ..





Ya allah dibumi ini 
menjadi bukti dan juga saksi pertemuan yang terjadi dan perpisahan tanpa direstui
Dihalaman hati ini memohon limpah kurniamu
Ditemukan kami semula
Didalam rahmat kasih sayangmu ..
Didalam rahmatmu yang maha esa ..







Read more...

Tuesday, 17 July 2012

ukhti ~





Teruntuk Ukhti muslimah putri islami bagi dien ini. “semoga Allah swt senantiasa menjaga kesucian harga dirimu di tengah dahsyatnya fitnah dan ujian.”.

Ukhti ..
Aku bangga melihatmu
derita dalam perjuangan ..
Dari melihatmu gembira
dalam kelalaian ..


Ukhti ..
Aku bangga mendengar 
Tangismu kerana pengorbanan 
Dari melihat tawamu 
dalam pengkhianatan

Ukhti ..
aku bangga andai 
dikau mati dimedan kebenaran 
dari hidup dalam kesesatan ..



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...