Tuesday, 13 September 2011

PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN DI PUSAT PENGAJIAN

Akibat penjajahan barat,pusat-pusat pengajian moden yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan di institusi-institusi pengajian telah timbul merata-rata di negeri-negeri islam.


Co-education atau pencampuran lelaki dan perempuan dalam institusi-institusi pengajian ini nampaknya sudah diterima pakai oleh kebanyakan orang islam akhir zaman ini sebagai suatu perkara yang lumrah.


 Bahkan pusat-pusat pengajian islam atau sekolah-sekolah agama pun ada yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan,guru lelaki dan guru perempuan.

Tiada,atau barangkali hampir-hampir tiada kedengaran lagi suara-suara bantahan yang mengatakan bahawa ini adalah melanggar batasan syari'at,dan sebab itu haram.
Sistem Co-education ini telah melahirkan wanita-wanita yang memandang tinggi kepada peranan-peranan lelaki dan merasa hina dengan peranan-peranan wanita yang sememngnya menjadi kewajipann mereka untuk menguruskan peranan tersebut.


Acapkali kita mendengar ayat-ayat yg keluar dari mulut kaum hawa pada masa kini apabila pertanyaan berkisar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorg yang bergelar isteri ialah 


"Ala.. maid kan ada .. buat apa susah-susah fikir??"

"I hantar anak I di nursery .. "

"saya tak ada masa la nk buat kerja-kerja rumah tu semua .. jadual saya penuh hari ni"


Memang tidak dinafikan hanya sekumpulan kecil sahaja yang mempunyai sifat-sifat seperti itu . Tetapi,pada hakikatnya berapa peratuskah wanita pada zaman kini memberi komitmen terhadap rumah tangga yang dibina??

Adakah 80%??atau .. 30% ??Jawapan terletak ditangan kalian.


Adakah masih layak lagi untuk kaum adam menyimpan angan-angan untuk mendapatkan isteri ynag  solehah menjadi suri hidup mereka??
Mungkinkah wujud lagi wanita solehah yang dinanti-nantikan oleh kaum adam ??Pasti!pasti wujud .tapi hanya sebilangan kecil sahaja yng boleh kita temui di era serba moden ini.


Selain daripada perubahan pandangan wanita dari setiap aspek,pencampuran ini juga menyebabkan bertambahnya masalah sosial dikalangan masyarakat.Ada juga institusi-institusi tinggi yang pada dasarnya begitu menjaga 'ikhtilat' dikalangan pelajar .Tetapi,adakah ianya berjaya atau hanya propaganda ??


Selalunya niat yang murni itu tidak akan menjadi jika pencampuran diantara lelaki dan perempuan masih dikekalkan.Pertemuan demi pertemuan akan berlaku dan disitu akan membuahkan bibit-bibit .. bukan bibit-bibit percintaan yang diajarkan oleh Rasullullah tapi bibit-bibit percintaan hasil usaha syaitan dalam meruntuhkan iman seorg lelaki .


Hasilnya???   Nah!!




Bagaimana dengan yang ini ??





Itulah hasilnya apabila syaria't sudah tidak dipedulikan lagi . Bukan sahaja negara semakin tidak menentu bahkan masyarakat juga menjadi semakin bercelaru!

Setiap syaria't yang ditetapkan pasti mempunyai kelebihannya sendiri kerana manusia adalah ciptaan Allah.Dan pencipta lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya.

Kerana itulah Islam sangat mementingkan 'hijab' diantara lelaki dan perempuan kerana apabila sistem 'hijab' ini diamalkan InsyaAllah perkara-perkara yang negatif seperti itu tidak akan mungkin terjadi .

Mungkin tidak dapat tidak kita dapat menghalang perbuatan maksiat,tapi cukup sekadar carta pelaku maksiat itu berada di paras yang masih dikawal.


Ingatlah tentang dunia yang semakin senja , dimana mungkin kita sudah tidak punya cukup waktu lagi untuk mengumpulkan seberapa banyak amal sebagai bekalan.Mungkin esok adalah due date kematian kita,mungkin juga lusa ataupun paling tidak seminit lagi kematian akan bertamu .

Kerana,kehidupan dunia dengan segala peristiwanya yang selalu berubah-ubah dengan cepat,lalu hilangnya kewujudan manusia itu sendiri dan pada akhirnya bertemu akhirat dengan peristiwanya yang begitu bergrjolak.


Tetapi,yang sering terjadi apabila nasihat dilontarkan , semakin menjauh seseorang manusia itu dengan nasihat.Lumrah .. itulah lumrah bagi seorang yng mengajak kearah jalan bertemu Rabb di nun tertinggi.Sabar ialah bekalan yang wajib ada pada diri seseorang yang mengajak kearah kebaikan.

Teruskanlah perjalanan itu , kerana setiap perjalanan itu pasti Allah hiasi dengan keindahan warna-warni kehidupan.Sesungguhnya erti kehidupan itu dipelajari melalui jalan-jalan yang dilalui oleh setiap insan


Kerana Allah telah berfirman :
'serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. '                                                                                                        (An-nahl:125)





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...