Wednesday 29 August 2012

Salah kah aku ??

Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan . Tidak kira lah bijak pandai ke atau sebaliknya . Tetapi aq berasa hairan apabila seseorang yang dipandang baik dan dikira alim melakukan kesalahan yang mungkin dia sendiri tersasar dari jalan yang sepatutnya di hentam habis-habisan .

Memang tidak salah menegur , tetapi teguran yang diberikan seolah-olah 'KAU TIDAK BOLEH MELAKUKAN KESILAPAN ! KAU DAH TAU BENDA TU SALAH KENAPA KAU BUAT ??'





Ya , memang kita tau sesuatu benda itu salah dan tidak boleh kita lakukan .. tetapi manusia itu terkadang lupa dan perlu diingatkan dan dinasihati semula . Kerana nasihat dan teguran itu lah yg menjadikan manusia sentiasa beringat dan berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang sama .

Kehairanan aq memuncak apabila sesorang itu menegur mereka-mereka yang dikategorikan sebagai seorang yang baik lagi soleh/ah dengan teguran yang sangat menyakitkan hati dan dibenci seolah-olah mereka melakukan kesilapan yang sangat besar . Sedangkan jika dinasihat elok-elok , kena dengan cara , masalah boleh selesai .

Mengapa mereka tidak boleh menasihati dengan berhikmah seperti mana mereka menasihati mereka-mereka yang memerlukan bimbingan ?? Mengasihi sepertimana selayaknya persaudaraan orang-orang beriman ??Mengapa ?? Mungkin kah mereka yg baik-baik belaka ni tidak punya hati dan perasaan ?? Atau , mereka yg alim ni compom makan dengan kata-kata benci yang kamu lontar kan ??

Allah .. teman-teman .. itu lah wujudnya persaudaraan dalam islam ..menegur saudaranya tika mana saudaranya tersasar dari landasan yang sepatutnya . Hatta mereka alim sekalipun , tegur lah secara berhikmah sepertimana kamu menegur saudara-saudara kamu yang lain .


Kerana kebencian bukan sahaja memburukkan keadaan malah persaudaraan juga akan punah dan lebur ..

KERANA ...

"berkasar dan lepas cakap dalam kritik dan memberi nasihat membawa kepada penutupan pintu hati dan telinga. sementara berlemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan memberi kesan dalam jiwa"


JUGA ...

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur


Engat lah teman ..kita semua manusia biasa yang sering inginkan kemanisan dan kebaikan .. Manusia yang sering lalai dan terlupa .. Nasihati lah semua saudaramu dengan menggunakan cara yang sebaiknya tanpa melahirkan sekelumit benci didalam hatimu .. Kerana dakwah itu lahir dengan kasih sayang bukan kebencian ..






Read more...

Thursday 2 August 2012

BuNgA & mUtiArA

WANITA....
Sesungguhnya betapa mulia jadi seorg WANITA

Wanita yang tidak tertutup IBARAT seperti BUNGA,
Sangat cantik dipandang,

Sangat harum wangiannya,
aroma yang bagus - semua orang menyukai mereka.

WANITA Ibarat bunga,
semasa Anda mendapatkannya,
betapa mereka itu bagus, harum dan segar.

Anda menyiram nya;
terus menjadikan air untuk membuat mereka hidup....

Namun, setelah beberapa saat, bunga-bunga layu dan rosak, mati; lemah...

Sekarang Anda harus membuangnya;
menyingkirkan mereka;
Bak kata pepatah.... "HABIS MADU SEPAH DIBUANG"...
Itu adalah perumpamaan dari wanita yang tidak tertutup.

Sekarang, seperti untuk wanita yang di tutup
Dia adalah IBARAT seperti dari MUTIARA yang mendalam dari dasar laut di antara semua hal batu karang dan laut.

WANITA Ibarat MUTIARA...,
Hal tentang mutiara ini adalah;
ia selalu hadir dalam cengkeramnya;
Kecantikan adalah menarik bagi mata melihat;
ia mempertahankan kesucian dan nilai harga diri;
Seorang pemilik mutiara ini terus menjaganya dengan baik dan dilindungi karana itu adalah sesuatu ternilai dan tidak boleh dijual beli.....

Wanita itu adalah mutiara, tutup nya / jilbab / niqaab adalah pelindung.
Dan itu adalah perumpamaan dari wanita yang tertutup.

Perbezaan antara keduanya adalah, BUNGA akan lemah dan layu manakala mutiara terus kekal bersinar....

Wahai WANITA...
Pilihan ditangan anda....anda yg tentukan...

Pilih jadi BUNGA @ MUTIARA.....

Sebab itu wanita diumpamakan dengan bunga...
Kedua-duanya indah.
Indah di mata.
Indah di hati.
Memangnya manusia itu suka pada keindahan.

Namun...

Indah bunga itu tergambar pada rupa, bentuk dan warnanya...

Indah wanita itu terzahir pada tulus hatinya...


created by 'KALIS RINDU'











Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...