Saturday 8 June 2013

Nasihat Itu .

ko lebih terjaga dr diorg dlm bab ni
mmg akan ade beze la..
ko dididik brape lme smpai jadi gni ??
x kan dlm mse 4 sem bleh ikot care ko.. "

That words . Make me feel.... ouch ! it's hurt ! Ya , baru aku sedar ,,, aku terlampau mengharapkan sesuatu perubahan dengan kadar yang segera . Cepat . Sekarang . Sekarang jugak .

Dan akhirnya aku sendiri yang terjatuh , aku sendiri yang kechiwa , aku sendiri yang sedih , aku sendiri . ya . Aku sendiri .

Hati manusia bukan kita yang pegang ~

verily therein is indeed a reminder for him who has a heart or gives ear while is heedful . . . 
[ Qaaf - 50:37 ]




cube ikot style diorg
klo ko,, mmg jenis suke ayat2 motivasi gtu
klau org lain blom tentu
aku sendiri x suke gune ana anta
dengar pon kdg2 aku malas ana anta ni
aku style aku "

Nasihat dari seorang sahabat yang 'ter'cakna akan perubahan sikap aku . One word . Gumawo ! terima kasih kerana sedar akan kesilapan yang dilakukan oleh diri ini . Terima kasih kerana memberikan nasihat yang menjela-jela .

Terima Kasih .

Dan lagi ,, the statement ...

Jangan kita kalah dengan perasaan letih itu.
Jangan kita berhenti dengan perasan lelah itu.
Jangan hanya kerana apa yang kita lakukan tidak menampakkan hasil, 
kita harus mengalah.
Jangan.

Mungkin dakwah yang cuba kita bawa tidak diterima kerana hijab yang tertutup dek dosa kita yang bertimbun. Mungkin.

Boleh jadi juga kerana kita tidak pernah untuk ikhlas di awalnya. Kita berlagak kita alim, kita rasa kita lagi tahu. Maka segalanya hanya sia-sia.

Sahabat, mungkin jua kerana kita hanya pandai berkata-kata. Tapi sedangkan apa yang diperkatakan jauh dari amal kita sendiri. Cakap lebat, tapi buatnya tidak. Suruh orang buat itu dan ini, tapi kita sendiri tidak amalkannya. "

Sekali lagi ouch !


"Da'wah is not about to preach hard but to reach their heart.."



Final Exam . Pray for me .








Read more...

Wednesday 6 February 2013

Pengembaraan Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim ,,, 

Setelah sekian lama aku membiarkan blog ini kekosongan , kesunyian tanpa sebarang post . Akhirnya datang ilham untuk aku menulis kembali . 


Sibuk ?? Tidak .
Tidak punya waktu ?? Tidak juga .
Dah tu ?? Kenapa berhabuk blog ni ?? 
Malas mungkin .. Ntah . Hanya Allah yang tahu .

Masa cuti yang aku penuhkan dengan bermusafir , membaca dan segala macam benda yang boleh dilakukan ketika cuti . Heh . Akhirnya menimbulkan satu ilham yang dianugerahkan oleh Allah untuk terus difikirkan oleh akal yang dikurniakan olehNYA .

Aku terasa amat cemburu kepada mereka-mereka yang ' BERMUSAFIR ' dalam hidupnya . Bermusafir kearah kebaikan . Kearah yang lebih baik . Mungkin hidayah Allah itu lambat sampai kepada mereka atau mereka sendiri yang malas ingin memulakan pencarian HIDAYAH itu sendiri . Mungkin ~ 


Betul la macam apa yang disebutkan . Hati itu Allah yang pegang , bukannya orang . Hidayah dan petunjuk itu Allah yang bagi bukannya orang .


Tetapi aku tetap cemburu . Kerana mereka lebih mengenali Allah selepas daripada pemusafiran mereka . Mereka lebih dekat kepadaNYA . Lebih banyak amal yang mereka kerjakan . Makin terisi setiap langkah-langkah perjalanan kehidupan mereka dengan mengingati tuhan . 


Sedangkan aku ?? Hari-hari berada dikalangan mereka yang baik-baik ,, berada didalam linkungan biah islamiah ,, Tapi kegusaran terus bermain dibenakku .. 


Gusar , aku terlampau selesa berada di zon " islamik " sehingga aku menggabaikan amal-amal yang kecil .

Gusar, aku semakin jauh daripada Allah kerana berasa selamat dengan biah islamiah .

Gusar , Risau , Cemburu , berkumpul menjadi satu .

Aku akui semua orang sebenarnya sama saja , tidak ada beza . Tapi kehendak diri sendiri yang sebenarnya
mampu buat kita jadi luar biasa .


Bold sikit ayat " KEHENDAK DIRI SENDIRI YANG SEBENARNYA MAMPU BUAT KITA JADI LUAR BIASA " Ya . Tapi tidak semudah itu untuk kita menjadi seorang yang luar biasa . Tanpa ujian ?? Tanpa Dugaan ??

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


- Al -ankabut : 2 -





Heh . Terkadang aku lemas jugak la dalam gelora ujian yang Allah bagi ni . Lemas tanpa air . Aku sedaya upaya berenang selamatkan diri .. Tapi lemas jugak ,, Nasib ada yang sudi selamatkan aku . Alhamdulillah ..


Ada juga keiginan untuk bermusafir .. Sedang mencari teman . Juga sedang menanti rezeki dari tuhan .


Kerana ... 


Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin , Maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik .

- Al - Israa' : 19 -



Tapi , aku tetap cemburu terhadap mereka . Mereka yang sudah bermusafir . Baik musafir secara internal atau external . 

Pemusafiran secara external ini juga boleh menambahkan ilmu , kerana bumi Allah itu luas dan ilmunya juga luas dan alam adalah guru yang paling hebat dalam mengajarkan ilmuNYA . 


Sungguh telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah ( ALLAH ) kerana itu berjalanlah kamu kesegenap penjuru bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan rasul-rasul .

- Al - imran : 137 -



Semoga ....

Aku lebih dekat kepadaNYA .

Itu Harapan aku .

Juga Impian aku .


Life is full of changes . And Surprises . And inexplicable(s) .





Read more...

Friday 14 December 2012

Aku Ada DIA

Hati ini resah tatkala melihat sahabatku dan orang-orang yang aku sayang dalam kesusahan , keresahan , kesedihan . Tapi aku adalah aku. Seseorang yang tidak tahu bagaimana mahu mempamerkan sifat ingin ambil tahu , ingin membantu .. 
Sering kali sifat tidak endahku disalah tafsirkan . Tapi tidak mengapa .. Aku tidak menyalahkan mereka yang berandaian sebegitu .Biarkanlah ..





Pabila ditanya bagaimana aku menjaga sahabat-sahabatku dan orang-orang yang aku sayang .. Hanya satu jawapanku ..

Aku punya Allah ..DIA lah yang menjaga mereka untukku ..disaat mereka sedih , resah , aku berdoa semoga Allah memberikan ketenangan kepada mereka . Disaat mereka kesempitan , aku berdoa semoga Allah melapangkan mereka membukakan pintu rezeki mereka seluas-luasnya .. 
Yang pasti itulah caraku menjaga mereka ..Biarlah mereka tidak melihat keperihatinanku ..Biarlah mereka rasa seperti aku tidak menyanyangi mereka ..biarlah ..

Kerana aku yakin penjagaan Allah itu lagi sempurna .. Hanya doa yang dapat aku berikan dan lakukan .. hanya doa sahabat ..







Semoga kalian berbahagia ~


Read more...

Thursday 8 November 2012

wHaT yOu GaVe YoU GeT bAcK ~

what you gave you get back ..
Sering kali ayat ini bermain dikepalaku disaat aku ingin melakukan sesuatu kepada orang lain . Aku akan memperolehi natijah yang sama sepertimana aku berikan kepada orang tersebut . Tidak kiralah sama ada perkara baik atau buruk .

Tapi detik ini , saat ini .. aku sering sahaja menerima perkara negatif dalam rutin hidupku . Seringkali aku berfikir ,,,,

Aku pernah berkelakuan beginikah sebelum ini ??


Aku pernah menyakiti hati diakah sebelum ini ??

Bila dirikuu muhasabah kembali setiap perkara yang aku lakukan terhadap orang lain , mungkin ada yang aku terlepas pandang walaupun aku merasakan aku tidak pernah melakukan perkara-perkara itu sebelum ini kepada mereka ..*agaknyer la*


Tetapi kesakitan itu ...

kesakitan itu aku rasakan seperti mahu sahaja aku copkan muka mereka ke dinding .. baru puas hatiku ..biar  mereka tahu betapa sakitnya hatiku , betapa peritnya jiwaku menahan amarah terhadap mereka ..biar mereka tahu betapa sakitnya jiwa dan ragaku ..

Tapi pabila iman berkata-kata ..

"Sabar itu separuh daripada iman "

"Indahnya nikmat kesabaran itu "

Aku tenang kembali .. mungkin juga Allah ingin mengujiku ..

" Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji "
-surah Al-ankabut -



Dan aku juga berpegang dengan kata pujangga " WHAT YOU GAVE,YOU GET BACK!"




Gambar tidak ada kaitan ,,,aku ambik sebab nampak lawa ..


Read more...

Monday 24 September 2012

KATA TAUJIHAD ~


Kahwin hanya sehari.
Rumahtangga itu berhari-hari.
Jangan sibuk mewarnakan hari perkahwinan dengan sejuta warna,
tetapi rumahtangga dibiarkan kelabu semata-mata.

Kadang manusia tersilap meletakkan prioriti.
Ada pula yang lurus bendul dalam perjalanan hidup ini.
Ada yang melebihkan majlis kahwin dan rumahtangga terbengkalai nanti,
ada pula yang menyangka cukup sekadar persediaan rohani.

Aku sentiasa berfikir,
di manakah penyelesaian kepada permasalahan ini,
dan satu hari terbukalah jendela ilham,
menjadi jelaslah pandangan.

Semuanya bergantung kepada permulaan.
Keadaan diri.
Kefahaman hati.
Apakah cinta itu diberikan definisi?
Atau sekadar diturut dengan membuta tuli?
Apakah erti berumahtangga itu difahami?
Atau sekadar melihat yang lain sakan berhabis itu dan ini, kita pun mengekori?

Permulaan.
Kepada yang belum bermula boleh mula membuat rujukan.
Kepada yang telah bermula dan tersasar boleh berpatah semula pada awal garisan.

Tahukah dikau bahawa Rabbmu itu Maha Penyayang?
Melainkan engkau memilih untuk ingkar,
dan tidak berubah,
maka Dia adalah Peghukum Yang Terdasyat.

---------------------------------
Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.

Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.

Maka di manakah kemenangan?
Tidakkah kita melihat?






Read more...

Friday 21 September 2012

Salam Mujahadah






 seperti mana dakwah ini tidak bermula dengan kita, seperti itulah ia tidak akan berakhir dengan kita, maka amanat dan perasaan ini telah lama dirasai dan tersemat dalam segenap pelusuk dunia, di dalam hati sanubari para pencinta agama, para pendokong panji Islam yang mulia, para pengikut ar-Rasul yang setia, para pejuang ad-Deen yang tinggi ini..”

“ Setelah lapar ada kenyang. Setelah haus ada kepuasan. Setelah berjaga malam ada tidur nyenyak. Dan setelah sakit ada kesembuhan. 
Setiap yang hilang pasti bertemu. Dan dalam kesesatan akan datang petunjuk. Dalam kesulitan ada kemudahan. Dan setiap kegelapan akan terang benderang. 
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman. Ketakutan akan berakhir dengan rasa nyaman. Dan kegelisahan akan diganti dengan kedamaian. 
Setiap keadaan pasti berubah. Sebaik baik ibadah adalah dengan menanti kemudahan dengan penuh sabar. Hari demi hari kita akan terus berganti. Tahun demi tahun akan selalu berganti. Malam demi malam pun datang silih berganti.
Namun, yang ghaib akan tetap bersembunyi dan Allah Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatnya. Dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu yang baru buat kita setelah itu semua. Sesungguhnya setelah kesulitan tetap akan muncul kemudahan. InsyaAllah bi'iznillah…”

“ Bukanlah KESULITAN yang membuat kita TAKUT,
tapi KETAKUTAN yang membuat kita SULIT,
kErana itu jangan pernah MENCUBA untuk MENYERAH dan jangan pernah MENYERAH untuk MENCUBA,
maka jangan katakan kepada ALLAH aku punya MASALAH tapi katakan pada MASALAH aku punya ALLAH YANG MAHA SAGALANYA….”
( Ali Bin Abi Tholib )^^
 






Read more...

Tuesday 18 September 2012

CERDIK TAPI MALAS




Ramainya orang cerdik tapi malas...tapi ramai juga orang kurang cerdik tapi rajin..namun amat sedikit orang yang cerdik dan rajin..

Sangat beruntung bagi sesiapa yang menyedari perkara ini dan mengambil 'ibrah daripadanya..

Aku lebih memandang yang rajin itu adalah kunci kejayaan, Tapi tanpa kebijaksanaan kejayaan takkan dapat dikecapi, Lalu bagaimana??

Seekor ibu Helang selamat mengeluarkan sebiji telur dalam sarangnya yang  tinggi di atas pokok. Usai, ia terbang ke udara meninggalkan telur yang baru ditetasnya untuk mencari akar-akar pokok bagi membaluti telur itu. Malang tak berbau, ibu Helang ditembak si Pemburu Haram lalu jatuh menyembah bumi.

Hendak diceritakan, telur Helang tadi dicuri seekor helang yang lain. Namun, ketika hendak mendarat di atas tanah, telur tersebut jatuh bergolek dan lesap di celah-celah semak di belantara. Seekor ibu ayam hutan yang sedang mengais-ngais tanah mencari cacing terperanjat apabila sebiji telur terjatuh di atas rimbunan daun kering betul-betul di hadapannya. Telur itu masih elok dan tidak pecah. Ibu ayam tersebut lantas mnyepak-nyepak telur tersebut dengan berhati-hati pulang ke rumahnya. Ia langsung menjaga telur itu dengan baik dan selamat.

Setelah dua minggu, akhirnya telur itu menetas lalu keluarlah seekor anak Helang yang comel. Secara fitrah, wajah pertama yang dilihatnya itu dianggap sebagai ibu. Ibu ayam amat gembira dan menyuapkan anak Helang cacing-cacing. Ia menjaganya dengan begitu baik.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Anak Helang terasa ingin mencuba untuk terbang. Ia pernah melihat kawanan helang yang terbang tingggi di udara dan amat cemburu dengan mereka sedangkan ia tidak pernah tahu bahawa dirinya juga adalah seekor Helang! Ia mengadu kepada "ibu"nya dan menyatakan hasrat untuk terbang tinggi seperti helang. Namun, ibu ayam menegah dan berkata;

" Kamu tu anak ayam,  mana boleh terbang tinggi ! "

Namun, ia tidak putus semangat.  Setiap hari,  ia memanjat suatu batu yang agak besar dan cuba untuk terbang. Berkali-kali ia terjatuh. Namun, tetap berusaha tanpa mengenal sakitnya terjelepok di atas tanah. Setelah beberapa lama, akhirnya ia mampu untuk terbang. Pada awalnya, cuma setinggi pohon kecil. Namun, lama kelamaan ia sudah mampu menjangkau dahan pohon yang tinggi. Dan sudah pastinya anak Helang yang dibela oleh ibu ayam hutan dan tidak tahu bahawa dirinya adalah seekor Helang itu kini sudah mampu terbang menggapai awan sambil berlegar-legar di udara dalam jangka masa yang sangat lama.  Namun,  malangnya,ia masih belum menyedari bahawa ia sebenarnya adalah seekor Helang yang sudah dewasa !

Apa motifnya cerita di atas??- Semangat yang tinggi dan azam yang cekal ditambah dengan usaha yang gigih mampu menghasilkan natijah yang luar biasa.- Setiap makhluk mempunyai kebolehan tersendiri yang kadang-kadang dia sendiri tidak menyedarinya
- Rajin berusaha tanpa mengenal erti penat adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Nah, sebenarnya ingin dinyatakan bahawasanya " Rajin itu membezakan antara yang cerdik dan kurang cerdik. Ia mampu mengangkat darjat orang yang kurang cerdik menjadi lebih tinggi daripada orang yang cerdik tapi malas."

Para hukama' pernah menyebut: " Seseorang itu tidak akan sampai kepada darjat kemuliaan sehinggalah ia merasakan betapa lazatnya kesabaran"

Jadi, nak jadi rajin ke malas?? Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkan! 








Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...