Monday 24 September 2012

KATA TAUJIHAD ~


Kahwin hanya sehari.
Rumahtangga itu berhari-hari.
Jangan sibuk mewarnakan hari perkahwinan dengan sejuta warna,
tetapi rumahtangga dibiarkan kelabu semata-mata.

Kadang manusia tersilap meletakkan prioriti.
Ada pula yang lurus bendul dalam perjalanan hidup ini.
Ada yang melebihkan majlis kahwin dan rumahtangga terbengkalai nanti,
ada pula yang menyangka cukup sekadar persediaan rohani.

Aku sentiasa berfikir,
di manakah penyelesaian kepada permasalahan ini,
dan satu hari terbukalah jendela ilham,
menjadi jelaslah pandangan.

Semuanya bergantung kepada permulaan.
Keadaan diri.
Kefahaman hati.
Apakah cinta itu diberikan definisi?
Atau sekadar diturut dengan membuta tuli?
Apakah erti berumahtangga itu difahami?
Atau sekadar melihat yang lain sakan berhabis itu dan ini, kita pun mengekori?

Permulaan.
Kepada yang belum bermula boleh mula membuat rujukan.
Kepada yang telah bermula dan tersasar boleh berpatah semula pada awal garisan.

Tahukah dikau bahawa Rabbmu itu Maha Penyayang?
Melainkan engkau memilih untuk ingkar,
dan tidak berubah,
maka Dia adalah Peghukum Yang Terdasyat.

---------------------------------
Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.

Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.

Maka di manakah kemenangan?
Tidakkah kita melihat?






Read more...

Friday 21 September 2012

Salam Mujahadah






 seperti mana dakwah ini tidak bermula dengan kita, seperti itulah ia tidak akan berakhir dengan kita, maka amanat dan perasaan ini telah lama dirasai dan tersemat dalam segenap pelusuk dunia, di dalam hati sanubari para pencinta agama, para pendokong panji Islam yang mulia, para pengikut ar-Rasul yang setia, para pejuang ad-Deen yang tinggi ini..”

“ Setelah lapar ada kenyang. Setelah haus ada kepuasan. Setelah berjaga malam ada tidur nyenyak. Dan setelah sakit ada kesembuhan. 
Setiap yang hilang pasti bertemu. Dan dalam kesesatan akan datang petunjuk. Dalam kesulitan ada kemudahan. Dan setiap kegelapan akan terang benderang. 
Setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman. Ketakutan akan berakhir dengan rasa nyaman. Dan kegelisahan akan diganti dengan kedamaian. 
Setiap keadaan pasti berubah. Sebaik baik ibadah adalah dengan menanti kemudahan dengan penuh sabar. Hari demi hari kita akan terus berganti. Tahun demi tahun akan selalu berganti. Malam demi malam pun datang silih berganti.
Namun, yang ghaib akan tetap bersembunyi dan Allah Yang Maha Bijaksana tetap pada keadaan dan segala sifatnya. Dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu yang baru buat kita setelah itu semua. Sesungguhnya setelah kesulitan tetap akan muncul kemudahan. InsyaAllah bi'iznillah…”

“ Bukanlah KESULITAN yang membuat kita TAKUT,
tapi KETAKUTAN yang membuat kita SULIT,
kErana itu jangan pernah MENCUBA untuk MENYERAH dan jangan pernah MENYERAH untuk MENCUBA,
maka jangan katakan kepada ALLAH aku punya MASALAH tapi katakan pada MASALAH aku punya ALLAH YANG MAHA SAGALANYA….”
( Ali Bin Abi Tholib )^^
 






Read more...

Tuesday 18 September 2012

CERDIK TAPI MALAS




Ramainya orang cerdik tapi malas...tapi ramai juga orang kurang cerdik tapi rajin..namun amat sedikit orang yang cerdik dan rajin..

Sangat beruntung bagi sesiapa yang menyedari perkara ini dan mengambil 'ibrah daripadanya..

Aku lebih memandang yang rajin itu adalah kunci kejayaan, Tapi tanpa kebijaksanaan kejayaan takkan dapat dikecapi, Lalu bagaimana??

Seekor ibu Helang selamat mengeluarkan sebiji telur dalam sarangnya yang  tinggi di atas pokok. Usai, ia terbang ke udara meninggalkan telur yang baru ditetasnya untuk mencari akar-akar pokok bagi membaluti telur itu. Malang tak berbau, ibu Helang ditembak si Pemburu Haram lalu jatuh menyembah bumi.

Hendak diceritakan, telur Helang tadi dicuri seekor helang yang lain. Namun, ketika hendak mendarat di atas tanah, telur tersebut jatuh bergolek dan lesap di celah-celah semak di belantara. Seekor ibu ayam hutan yang sedang mengais-ngais tanah mencari cacing terperanjat apabila sebiji telur terjatuh di atas rimbunan daun kering betul-betul di hadapannya. Telur itu masih elok dan tidak pecah. Ibu ayam tersebut lantas mnyepak-nyepak telur tersebut dengan berhati-hati pulang ke rumahnya. Ia langsung menjaga telur itu dengan baik dan selamat.

Setelah dua minggu, akhirnya telur itu menetas lalu keluarlah seekor anak Helang yang comel. Secara fitrah, wajah pertama yang dilihatnya itu dianggap sebagai ibu. Ibu ayam amat gembira dan menyuapkan anak Helang cacing-cacing. Ia menjaganya dengan begitu baik.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Anak Helang terasa ingin mencuba untuk terbang. Ia pernah melihat kawanan helang yang terbang tingggi di udara dan amat cemburu dengan mereka sedangkan ia tidak pernah tahu bahawa dirinya juga adalah seekor Helang! Ia mengadu kepada "ibu"nya dan menyatakan hasrat untuk terbang tinggi seperti helang. Namun, ibu ayam menegah dan berkata;

" Kamu tu anak ayam,  mana boleh terbang tinggi ! "

Namun, ia tidak putus semangat.  Setiap hari,  ia memanjat suatu batu yang agak besar dan cuba untuk terbang. Berkali-kali ia terjatuh. Namun, tetap berusaha tanpa mengenal sakitnya terjelepok di atas tanah. Setelah beberapa lama, akhirnya ia mampu untuk terbang. Pada awalnya, cuma setinggi pohon kecil. Namun, lama kelamaan ia sudah mampu menjangkau dahan pohon yang tinggi. Dan sudah pastinya anak Helang yang dibela oleh ibu ayam hutan dan tidak tahu bahawa dirinya adalah seekor Helang itu kini sudah mampu terbang menggapai awan sambil berlegar-legar di udara dalam jangka masa yang sangat lama.  Namun,  malangnya,ia masih belum menyedari bahawa ia sebenarnya adalah seekor Helang yang sudah dewasa !

Apa motifnya cerita di atas??- Semangat yang tinggi dan azam yang cekal ditambah dengan usaha yang gigih mampu menghasilkan natijah yang luar biasa.- Setiap makhluk mempunyai kebolehan tersendiri yang kadang-kadang dia sendiri tidak menyedarinya
- Rajin berusaha tanpa mengenal erti penat adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.

Nah, sebenarnya ingin dinyatakan bahawasanya " Rajin itu membezakan antara yang cerdik dan kurang cerdik. Ia mampu mengangkat darjat orang yang kurang cerdik menjadi lebih tinggi daripada orang yang cerdik tapi malas."

Para hukama' pernah menyebut: " Seseorang itu tidak akan sampai kepada darjat kemuliaan sehinggalah ia merasakan betapa lazatnya kesabaran"

Jadi, nak jadi rajin ke malas?? Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkan! 








Read more...

Sunday 16 September 2012

Tentang dia ~

Kala hati ini diketuk rasa rindu
Pasti seraut wajahmu singgah di kalbuku
Kau selalu bersamaku
Ketika lapangnya waktumu

Adat satu hubungan
Pasti pergaduhan mewarnainya
Dan itu lah yang merapatkan jarak antara kau dan aku
Sungguh indah saat itu

Waktu ini kau dan aku terpisah kerana tuntutan ilmu
Kau bilang padaku peritnya perjuangan itu
Aku kabarkan padamu perjuangan mana yang tidak menuntut pengorbanan ??
Jika ada kesungguhan disitu pasti ada jalan
Kau pegang itu !

Jangan jadikan keperitan atau kesusahan itu sebagai pengahalang kejayaanmu
Ingatlah pesan ayah ibumu
Pasakkan lah harapan keluargamu didalam benak mu
Jadikan lah ia sebagai sumber kekuatan dikala kaki mu lemah melangkah
Disaat jasadmu lelah dan terasa mahu rebah
Engatlah segala keperitan yang pernah kau lalui
Jadikan ia sebagai pengalaman hidupmu dan mengajarkanmu erti kematangan
Kerana diluar sana pasti kau menemui orang-orang yang kau tidak kenali sifat mereka
Sifat yang sungguh asing bagimu  mungkin ..


Aku tidak melarangmu untuk bergaul bersama mereka
Gauli mereka , pelajari pengalaman hidup mereka
Jadikan ia sebagai benteng pertahanan dirimu dalam musafirmu dibumi Allah ini
Aku nantikan kejayaanmu itu .

Bergantung lah kau kepada Rabbul izzati
Nescaya Allah pelihara hidupmu
Kerana sebaik-baik pergntungan ialah pergantungan Allah s.w.t


Selamat bermujahadah aku ucapkan padamu duhai adikku
Kuatlah engkau dalam menghadapi mehnah penuntut ilmu
Jika kau sabar , Kejayaan pasti milikmu !
insyaAllah .. ~









Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...