Monday, 24 September 2012

KATA TAUJIHAD ~


Kahwin hanya sehari.
Rumahtangga itu berhari-hari.
Jangan sibuk mewarnakan hari perkahwinan dengan sejuta warna,
tetapi rumahtangga dibiarkan kelabu semata-mata.

Kadang manusia tersilap meletakkan prioriti.
Ada pula yang lurus bendul dalam perjalanan hidup ini.
Ada yang melebihkan majlis kahwin dan rumahtangga terbengkalai nanti,
ada pula yang menyangka cukup sekadar persediaan rohani.

Aku sentiasa berfikir,
di manakah penyelesaian kepada permasalahan ini,
dan satu hari terbukalah jendela ilham,
menjadi jelaslah pandangan.

Semuanya bergantung kepada permulaan.
Keadaan diri.
Kefahaman hati.
Apakah cinta itu diberikan definisi?
Atau sekadar diturut dengan membuta tuli?
Apakah erti berumahtangga itu difahami?
Atau sekadar melihat yang lain sakan berhabis itu dan ini, kita pun mengekori?

Permulaan.
Kepada yang belum bermula boleh mula membuat rujukan.
Kepada yang telah bermula dan tersasar boleh berpatah semula pada awal garisan.

Tahukah dikau bahawa Rabbmu itu Maha Penyayang?
Melainkan engkau memilih untuk ingkar,
dan tidak berubah,
maka Dia adalah Peghukum Yang Terdasyat.

---------------------------------
Bahagia, biar sampai syurga.
Laluilah kehidupan dengan bijak, bukan hanya pandai skor kertas periksa sahaja.
Pandulah cinta dengan keimanan, bukan hanya sibuk berasmara semata.
Pandanglah hingga ke pengakhiran rumah tangga,
destinasi selepas mati,
bukan sekadar suka-suka nak berkahwin sahaja.

Kita kahwin dalam keadaan tidak memperkuatkan diri,
dan kemudian membina keluarga yang lemah,
keluarga-keluarga yang lemah kemudian membina masyarakat,
menjadi masyarakat yang lemah.

Maka di manakah kemenangan?
Tidakkah kita melihat?





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...