Sedarkah kita dengan iman yang sedang kehausan tarbiah ?? Kelaparan pengisian rohani ?? Setiap manusia pasti pernah mengalami perasaan itu . Tapi,kita sebagai manusia yang sering menolak keinginan-keinginan iman itu dengan menuruti perintah raja nafsu .
Iman yang kelelahan dengan kehidupan duniawi juga sering diasak dengan pelbagai jenis kemaksiatan yang sudah dianggap biasa oleh manusia . Iman berasa sungguh lemah tetapi kenapa masih lagi tidak diisi dengan tarbiah ?? Malas ?? Ego ??
Itulah hakikat kehidupan dunia . Yang malas terus dengan kemalasannya dan yang ego semakin tinggi egonya . Ada apa dengan secebis perasaan ego ini jika diri masih lagi tidak tentu dimanakah tempat tinggal diakhirat kelak ??
Adakah nanti ketika diri dicampakkan kedalam neraka ego masih berguna ?? Buka minda , buka hati selami diri . Rendahkan egomu demi sekeping iman yang bertapak didalam hati .
Sedar atau tidak islam sudah semakin menjulang . Ya.. bagi yang tidak sedar pasti mereka merasakan seperti tidak mempunyai apa-apa perubahan.Inilah golongan yang sentiasa memenuhi keinginan duniawi.Mereka sedikit pun tidak mengambil peduli dengan keadaan agama mereka sendiri.
Kebanyakan manusia pada hari ini mempunyai kesedaran tetapi yang menjadi persoalan mengapa tiada tindakan yang diambil dari kesedaran itu ??Mereka Sedar akan kemaksiatan yang dilakukan tapi,mengapa diteruskan juga ?Terkadang diri terfikir mengapa golongan ini tidak melakukan perubahan?Adakah mereka mencabar hukuman dari Allah? ASTAGFIRULLAH ..!
Atau adakah ianya menunjukkan kejayaan syaitan dalam menarik anak adam untuk bersama mereka diakhirat kelak?Yang pasti,Allah telah berjanji bahawa hamba-hambanya yang beriman pasti tidak akan bersama barisan-barisan syaitan laknatullah itu.
Melakukan perubahan tidaklah semudah ABC,tetapi pengorbanan harus dilakukan demi mencapai tempat jika bukan disisi Allah,mungkin mencapai tempat di syurga.Bermujahadalah demi mencapai keredhaaan Allah.

Setelah perubahan dilakukan bertahan lah dalam beristiqomah melakukan sesuatu amal.Kerana syaitan pasti berusaha sedaya upaya dalam menjerumuskan anak-anak adam dalam kesesatan yang nyata.Dekati mereka-mereka yang soleh atau yang baik amalnya kerana itu menjamin diri daripada melakukan kemaksiatan yang sama.InsyaAllah..
Dan Duduklah juga dalam persekitaran atau biah islamiah .. Jika tiada,carilah ia.Kerana orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu tidak hanya diluahkan dibibir bahkan mereka ini akan bertindak demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Apakah sasaran itu?"Aku MAHU BERUBAH!"
Read more...