As-Sariy As-Saqathy bercerita:
Pada salah satu malam,aku tidak dapat tidur,dan aku tidak tahu apa sebabnya aku tidak dapat melelapkan mataku.Setelah berbolak-balik beberapa lama di atas alas tidurku,aku terfikir didalam hatiku,barangkali ada baiknya aku keluar sekarang juga ke perkuburan,mudah-mudahan aku dapat mengambil i'tibar dari apa yang ada di sana,mengingatkan diriku tentang hari kebangkitan dan perkiraan,maka ketika akan lenyaplah perasaan risau dan runsing yang kini mencengkam fikiranku.
Aku pun keluar ke perkuburan disitu,tetapi malangnya hatiku masih belum merasa lapang,dan fikiranku tidak terbuka dengan keadaan-keadaan apa yang aku lihat disitu.
Aku mengubah haluan,dan berkata didalam hatiku,barangkali lebih bail aku mendatangi pasaran,mana tahu dengan bercampur-gaul dengan manusia-manusia disitu akan lenyaplah perasaan risau dan runsing dari hatiku.
Esoknya,aku pun pergi kepasar,namun hatiku tetap demikian pula serta fikiranku tidak berganjak sedikit pun dari asalnya.
Aku terus teringat pula kepada Maristan,yakni tempat penampungan pesakit-pesakit biasa dan pesakit-pesakit jiwa dan otak,barangkali ada sesuatu yang dapat aku lihat disana yang agak luar biasa,sehingga aku dapat menghapuskan kerisauan dan kerunsingan yang masih lagi mencengkam fikiranku.
Memang tidak salah dugaan ku kali ini.Ketika aku masuk saja ke Maristan itu,aku dapati segala minatku tertumpu kepada pesakit-pesakit disitu.Maka aku pun berkata didalam batinku :
'Ya Tuhan yang memiliki diriku!Apakah kesini Engkau telah menarik minatku,dan kerananya Engkau telah menahan diriku dari tidur,apakah hikmatnya?!'
Maka dengan tiba-tiba aku terdengar satu seruan didalam batinku mengatakan : 'Aku tidak menarikmu datang ketempat ini,melainkan ada sebab dan hikmtnya!'
As-sariy As-saqathy bercerita seterusnya :
Aku pun mendatangi tempat orang-orang gila dan orang-orang yang sakit sarafnya.Setelah aku memandang satu demi satu,tiba-tiba penglihatanku tertumpu kepada seorang wanita yang wajahnya pucat lesi,keadaannya tidak terurus kerana kedua belah tangannya dibelenggu ke tengkuknya,namun begitu wanita itu tetap berkumat kamit lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t Ajaib sekali keadaan wanita ini!Mengapa ia sampai berada disini,kemudian mengapa ia dibuat begitu,sedang kelihatannya ia bukan seorang gila?!
Aku mencari-cari pengawal pesakit-pesakit wanita ini,sehingga aku temuinya,lalu aku bertanya kepadanya : 'Apa penyakit sang wanita ini?'
'Oh,dia ini seorang jariah yang tidak siuman,otaknya terkena gangguan,maka tuannya minta ia ditahan disini,' jawab si pengawal tadi.
Apabila didengar jariah itu berbicara pengawalnya,ia lalu bermadah :
Wahai manusia!
saya ini bukan seorang gila
Malahan aku sedang kemabukan cinta
Hatiku sedar penuh dengan cahaya
kenapa kamu membelenggu tanganku,aku tidak berdosa
Selain jiwaku hanya tertumpu kepada yang Maha Esa
Cintaku cinta hakiki bukan dibuat-buat atau direka
KepadaNYA aku menyerah diri,tempat aku mengaharap bela
Dialah tempat tumpuan hatiku kerana Dia MAha Pecinta
Untuk menukar hatiku kepada yang lain aku tidak rela
Jadi jika aku buat baik kamu anggap sia-sia
Jika aku buat buruk kamu semua suka dan ketawa!
Apabila aku mendengar kata-kata madah jariah itu,aku terus menangis hatiku sedih sekali.Aku bimbang kezaliman manusia terhadap jariah ini sudah keterlaluan.Air mataku terus mengalir dan kesedihanku terus menjadi-jadi sehingga aku tidak tertahan lagi.
Melihat air mataku terus mengalir,maka jariah itu berkata kepadaku : 'Wahai Sariy! engkau tidak akan menjadi jahil lagi sejak engkau telah mengenaliNYA,tidak akan merasa lelah sejak engkau membiarkan tanganmu berkhidmat kepadaNYA,tidak akn memutuskan perhubungan sejak engkau telah mempertalikan diri denganNYA.Orang yang diberikan kurniaan darjat biasa mengenal yang satu kepada yang lain!'
Berkata As- Sariy kepada jariah itu pula : 'Aku dengar engkau terlalu banyak membicarakan tentang persoalan cinta,maka siapakah yang engku mencintainya itu?'
'Aku mencintai siapa yang telah terkenal dengan dengan kekurniaanNya,siapa yang sering mencurahkan segala macam kenikmatanNYA,siapa yang sangat murah hati dalam pemberianNYA.Dialah yang paling dekat kepada hati,selalu melepaskan segala kesusahan,Dia tetap berlembut terhadap orang yang menderhakaiNYA,dan sering mengabuli segala orang yang memintaNYA!tegas jariah itu pula.
bersambung ............
No comments:
Post a Comment