Apa punya tajuk la alfaqirul ni .. pose2 dia sibuk bukak citer pasal makan pulk .. paaaaaaaaaaaaaaaannngggg! ( Bunyi tapak kasut bata saiz 8 melekat dimuka ) haa .. itulah ..lain kali tunggu sampai orang nk habis bercerita .. ni aq tak start lagi kau dah menyampuk ..amekaw! rasekan ..! huahuahuahuahua .. eh , eh terlebih sudah .. ok la abaikan watak sampingan tadi tu ..
Berdasarkan gambar diatas .. telah terjadi beberapa dialog diantara adik-adik kite ni ..
Adik baju biru : weyh , apo bondo ni ??buleh make ko ??
Adik baju Hijau : Huk aloh demo .. kecek time make .. tersembur air liur .. najis mu tau dop??
Adik baju biru : najis aponyo ???
Adik Baju hijau : Najis mutawogelitoh ...
Adik baju kuning : berkate dalam hati ( erk , wujod ko najih 2 ?? yang aq tau najis ado 3 ja .. hmm .. aq tak ngaji lagi kot bab yang tu .. tak po tanyo ustazah sok deyh )
weh , weh alfaqirul .. kau nak cerita pasal ape sebenarnye ni ?? tak paham aq .. nak kecek klate konon .. cakap serupa siam ade hati nak cakap kelantan ..piiiiiiiiiiiiiirrrrraaaaaahhh !
Aiii ... memang , menguji keimanan betol la watak tak berapa nak samping ni.. aq nk masuk bahagian isi la ni .. kau sabar buleh ????
إٍذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ مَعَ جَمَاعَةٍ وَسَبِعَ فَلَا يَرْفَعْ يَدَهُ حَتَّى يَرْفَعْ الْقَومٌ فَإِنَّهُ يُخْجِلُ جَلِيسَه
رواه البيهقي-
- Apabila makan seorang kamu dengan jemaah ramai dan kemudian kamu berasa sudah kenyang , maka janganlah engkau mengangkat tangan ( berhenti ) sehingga jemaah mengangkat tangan nya jua .
Hadith ini bermaksud elokkan adab pergaulan ketika makan ..
watak sampingan : ermm ..mak...
alfaqirul : ahhh ! kau diam . aq x habis tulis lagi ni .. jgn tanye macam2 ..
Berbalik kepada hadith diatas suke lah sekiranya saya ingin berkongsi dengan anda-anda sekalian mengenai adab makan berjemaah .
Saya tahu pasti diluar sana ramai yang sering melakukan makan secara berjemaah .. lebih-lebih lagi makan didalam dulang .. Tidak kira la ketika iftar , makan malam dan sebagainya . Jadi , izin saya/ana/aq/eden/ambo berkongsi serba sedikit mengenai adab makan berjemaah .
1 : Jangan lah kita mengambil makanan terlebih dahulu sebelum orang yang lebih mulia mengambilnya .. Orang mulia disini bermaksud seperti tok guru dan seangkatan dengannya.
2: Sunat bercerita ketika makan
watak sampingan : what???!!! sunat ?? dulu time aq kecik-kecik , moyang aq selalu cakap "tak elok bercakap time makan "
alfaqirul : aq rasa tangan aq dah ringan dah ni nk capai kasut but phua chukang uh ..
watak sampingan : errr .. ok2 .. sory .. sila teruskan penulisan anda .
alfaqirul : good!
sunat bercerita disini ialah bercerita perkara-perkara yang baik-baik sahaja.
3 : Sunat melebihkan taulan yang ada bersama kita.
4 : Sunat menuang air basuh tangan untuk tetamu .
5 : Jangan malu makan bersama orang ramai .
6 : Ketika makan bersama kawan jangan lihat mulutnya .
watak sampingan : KENAPE????
alfaqirul : aiseymen mamat ni .. sabo je larh .kalau hang dok tgok mulut kawan hang tu , nanti malu la dia nk makan ..dah...kempunan budak tu nak melahap juadah kat depan tu .
7 : Jangan mengerjakan sesuatu yang dibenci oleh kawan .
8 : Sunat memalingkan muka jik ingin membuang sesuatu yang melekat pada gigi .
Hadith lain juga ada menyebut :
أَذِيبُوا طَعَامَكُمْ بِذِكْرِ اللهِ وَالصَّلَاةِ وَلاَ تَنَامُوا عَلَيْهِ فَتَقْسُوَ قُلُبُكُمْ
رواه ابو نعيم في الطيب عن عائشة
-Hadamkanlah makanan kamu itu dengan berzikir ataupun dengan sembahyang , ataupun jangan kamu tidur selepas makan , nanti keras hati ataupun degil.
Hadith diatas bermaksud disuruh kita menghadamkan makanan dengan solat ataupun berzikir kerana solat itu sebagai riadah yang telah difrdhukan keatas kita .
Maklumat tambahan :
*keras hati bermaksud payah untuk menerim pelajaran .
Adab-adab ketika makan :
1 : Memulakan dengan basmalah
2 : Makan dengan menggunakan tangan kanan .
3 : Sunat menghancurkan makanan dengan mengunyah sehingga hancur kemudian telan .
4 : Jangan masukkan suapan kedua sebelum suapan yang pertama belum habis .
5 : Sunat jangan banyak minum air ketika makan .
sekian dari saya seorang hamba yang fakir lagi hina ..wallahua'lam ..~
No comments:
Post a Comment