Monday, 9 April 2012

Siapakah Engkau ??



sambungan kisah Cerita Tentang Dia








'Baiklah,tapi siapa yang menahanmu di sini?' tanyaku.
 'Mereka itu orang-orang yang penuh perasaannya dengan dengki kepadaku,sangat benci kepadaku.Mereka bersepakat menuduh aku sebagai orang gila,padahal sebenarnya mereka itulah orang-orang gila,'jawab jariah itu lagi.
'Siapakah nama mereka?!'tanyaku lagi.
'Tidak payahlah engkau tahu nama-nama mereka.Apa yang sudah dengar daripadaku itu memadai lah sudah!'


Sedang aku dalam perbualan dengan jariah itu,tiba-tiba datang tuan punya jariah tersebut.Dia bertanya pengawalnya : 'Dimana Bid'ah itu?'

Pengawal para pesakit itu memberitahu tuannya,bahawa Tuan Syaikh Sariy Saqathy sedang berbicara sesuatu kepada jariah itu.Kelihatan dia kini sangat tenang dan sungguh senang sekali mendengar kepada apa yang dibicarakan oleh Tuan Syeikh Sariy Saqathy tersebut

        Tuan punya jariah itu segera mendapatkanku,lalu ia mencium tanganku.Dia sangat menghormati diriku.Dia berkata : 'Terima kasih banyak,Tuan Syaikh Sariy.Dengan keberkahanmu nampaknya jariahku ini bertenang sekali.'


'Apa yang anda tidak senang dari perilaku jariah ini,' tanyaku kepada tuan punya jariah itu.
  Tuan punya jariah itu mula bercerita katanya:
  Jariahku ini,pada mulanya pintar sekali bermain gambus dan bernyanyi.Saya sungguh tertarik kepadanya,lalu saya membelinya dengan harga yang mahal sekali,iaitu dengan semua wang simpananku.Harganya ialah dua puluh ribu dirham,belum pernah ada seorang jariah yang dijual seperti harga yang saya bayar itu.


Saya tidak menyesal membelinya dengan harga yang begitu mahal,kerana rupanya sangat cantik sekali,sedang permainannya dengan gambus sangat mengharukan.Di samping itu dia pintar bernyanyi,dan nyanyiannya sangat merdu dan memikat sesiapa yang mendengarnya.


Pada mula ia berpindah denganku,saya tidak terlihat sesuatu yang ganjil dari kelakuannya.Tetapi,pada suatu hari,saya dapati ia telah berubah sikap dan kelakuannya berubah dan sangat ganjil sekali.Dia terus mengulang-ulang madah yang berikut ini.


Demi kekuasaanMu!
Engkau tidak pernah memungkiri janjiMu 
Engkau tidak pernah mengeruhi kecintaanku
Sesudah engkau menganugerahkannya kepadaku
Engkau telah memenuhkan jiwa ragaku dengan kesayanganMu 
Bagaimana bisa aku tunduk pula kepada selainMu?
Bagaimana bisa aku puja pula selain daripadaMu?
Wahai Tuan yang tiada Tuan lain selainMu!
Kenapalah Engkau jadikan aku hamba kepada manusiaMu?!


Setelah ia puaskan hatinya dengan madah itu,ia lalu menangis dengan sekuat-kuat hatinya,lalu mengulangi lagi madah tadi,lalu menangis lagi.Setelah berkali-kali melakukan demekian,lalu ia mengambil gambusnya dan dihentam-hentamkannya ke tanah,sehingga gambus itu pecah berkecai .








Kemudian dia menjadi seperti orang yang hilang akal,hysteria,menjerit-jerit dan melolong-lolong.
     Pada mulanya aku menyangka ada seseorang lain yang dicintainya atau yang diminatinya dari rakan-rakan yang pernah mendengar nyanyiannya.Aku pun membuat penyelidikan yang rapi,tetapi aku dapati hal yang kusangkakan itu tidak benar,dan tidak pernah ada dalam hidupnya.

     Setelah mendengar cerita tuan empunya jariah itu tentang dirinya,aku lalu ingin memastikan apa yang diceritakan itu adalah benar.Aku lalu menanyai jariah itu : 'Apakah semua yang diceritakan tuanmu itu benar?' Tanyaku.

  Maka sang jariah itu menjawab dengan madahnya begini : 
Yang Maha Benar memberikan jawabanNya menerusi batinku
Maka menjadilah ia suatu luahan diatas lisanku 
Dia memilikiku dan bukankah itu suatu keutamaan
Aku terus menyambut seruanNya aku pergi berlarian
Aku rindu sepenuh hati kepada apa yang diserukan!

Mendengar ucapan jariah itu kali ini,tahulah aku bahawa dia adalah seorang manusia yang dipilih Allah menjadi waliNYA.

    'Bebaskanlah jariah ini dengan segera!' pintaku kepada tuan punya jariah itu,'nanti aku akan membayarmu harga yang kau minta!'

    'Aduh,dari mana Tuan Syaikh boleh mendapat harganya yang mahal itu,'pintas tuan punya jariah itu.Dia tahu bahawa Syaikh Sariy Saqathy itu adalah seorang wali yang tidak mempunyai duit atau hartabenda.

   'Engkau jangan terburu nafsu!Tunggulah di tempat ini esok saja,nanti aku carikan harganya,' jawabku kepada tuan punya jariah itu.


Aku pun kembali ke rumahku,sedang air mataku terus membasahi kedua belah pipiku.Aku berfikir dari mana akan aku dapatkan wang harga jariah yang aku janjikan itu.Hatiku bergoncang gementar.Aku lalu memohon kepada Allah Ta'ala dengan sepenuh hatiku,meminta agar Dia membukakan pintu untuk aku mendapatkan wang harga jariah tadi.


     Malamnya sedang aku dalam keadaan khusyuk dan tadharru' memohon Allah Ta'ala,aku terdengar suara ketukan pntu rumahku.Siapa gerangan orang yang mengetuk pintu itu.Moga-moga ada orang yang dikirim Allah kepadaku.

   'Siapa yang di pintu itu?' tanyaku
   'Seorang pengasih yang dikasihi,' jawab suara ituu tegas.
    Aku terus membuka pintu,aku lihat seorang anak muda yang sungguh bercaya wajahnya.Dia datang bersama pembantunya yang memikul sebuah bungkusan.


 'Siapa engkau ini? moga-moga Allah merahmatimu!'kataku.
 'Ahmad bin Almutsanna,' beritahunya .....


to Be cOntinue .....


Read more...

Saturday, 7 April 2012

CeRiTa TeNtAnG diA ...


As-Sariy As-Saqathy bercerita:
        Pada salah satu malam,aku tidak dapat tidur,dan aku tidak tahu apa sebabnya aku tidak dapat melelapkan mataku.Setelah berbolak-balik beberapa lama di atas alas tidurku,aku terfikir didalam hatiku,barangkali ada baiknya aku keluar sekarang juga ke perkuburan,mudah-mudahan aku dapat mengambil i'tibar dari apa yang ada di sana,mengingatkan diriku tentang hari kebangkitan dan perkiraan,maka ketika akan lenyaplah perasaan risau dan runsing yang kini mencengkam fikiranku.


  Aku pun keluar ke perkuburan disitu,tetapi malangnya hatiku masih belum merasa lapang,dan fikiranku tidak terbuka dengan keadaan-keadaan apa yang aku lihat disitu.

  Aku mengubah haluan,dan berkata didalam hatiku,barangkali lebih bail aku mendatangi pasaran,mana tahu dengan bercampur-gaul dengan manusia-manusia disitu akan lenyaplah perasaan risau dan runsing dari hatiku.


Esoknya,aku pun pergi kepasar,namun hatiku tetap demikian pula serta fikiranku tidak berganjak sedikit pun dari asalnya.

 







Aku terus teringat pula kepada Maristan,yakni tempat penampungan pesakit-pesakit biasa dan pesakit-pesakit jiwa dan otak,barangkali ada sesuatu yang dapat aku lihat disana yang agak luar biasa,sehingga aku dapat menghapuskan kerisauan dan kerunsingan yang masih lagi mencengkam fikiranku.


   Memang tidak salah dugaan ku kali ini.Ketika aku masuk saja ke Maristan itu,aku dapati segala minatku tertumpu  kepada pesakit-pesakit disitu.Maka aku pun berkata didalam batinku :



   'Ya Tuhan yang memiliki diriku!Apakah kesini Engkau telah menarik minatku,dan kerananya Engkau telah menahan diriku dari tidur,apakah hikmatnya?!'




Maka dengan tiba-tiba aku terdengar satu seruan didalam batinku mengatakan : 'Aku tidak menarikmu datang ketempat ini,melainkan ada sebab dan hikmtnya!'



As-sariy As-saqathy bercerita seterusnya :
Aku pun mendatangi tempat orang-orang gila dan orang-orang yang sakit sarafnya.Setelah aku memandang satu demi satu,tiba-tiba penglihatanku tertumpu kepada seorang wanita yang wajahnya pucat lesi,keadaannya tidak terurus kerana kedua belah tangannya dibelenggu ke tengkuknya,namun begitu wanita itu tetap berkumat kamit lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t Ajaib sekali keadaan wanita ini!Mengapa ia sampai berada disini,kemudian mengapa ia dibuat begitu,sedang kelihatannya ia bukan seorang gila?!


Aku mencari-cari pengawal pesakit-pesakit wanita ini,sehingga aku temuinya,lalu aku bertanya kepadanya : 'Apa penyakit sang wanita ini?'
     'Oh,dia ini seorang jariah yang tidak siuman,otaknya terkena gangguan,maka tuannya minta ia ditahan disini,' jawab si pengawal tadi.


Apabila didengar jariah itu berbicara pengawalnya,ia lalu bermadah :

Wahai manusia!
saya ini bukan seorang gila
Malahan aku sedang kemabukan cinta
Hatiku sedar penuh dengan cahaya
kenapa kamu membelenggu tanganku,aku tidak berdosa
Selain jiwaku hanya tertumpu kepada yang Maha Esa
Cintaku cinta hakiki bukan dibuat-buat atau direka
KepadaNYA aku menyerah diri,tempat aku mengaharap bela
Dialah tempat tumpuan hatiku kerana Dia MAha Pecinta
Untuk menukar hatiku kepada yang lain aku tidak rela
Jadi jika aku buat baik kamu anggap sia-sia
Jika aku buat buruk kamu semua suka dan ketawa!


    Apabila aku mendengar kata-kata madah jariah itu,aku terus menangis hatiku sedih sekali.Aku bimbang kezaliman manusia terhadap jariah ini sudah keterlaluan.Air mataku terus mengalir dan kesedihanku terus menjadi-jadi sehingga aku tidak tertahan lagi.


Melihat air mataku terus mengalir,maka jariah itu berkata kepadaku : 'Wahai Sariy! engkau tidak akan menjadi jahil lagi sejak engkau telah mengenaliNYA,tidak akan merasa lelah sejak engkau membiarkan tanganmu berkhidmat kepadaNYA,tidak akn memutuskan perhubungan sejak engkau telah mempertalikan diri denganNYA.Orang yang diberikan kurniaan darjat biasa mengenal yang satu kepada yang lain!'


   Berkata As- Sariy kepada jariah itu pula : 'Aku dengar engkau terlalu banyak membicarakan tentang persoalan cinta,maka siapakah yang engku mencintainya itu?'


'Aku mencintai siapa yang telah terkenal dengan dengan kekurniaanNya,siapa yang sering mencurahkan segala macam kenikmatanNYA,siapa yang sangat murah hati dalam pemberianNYA.Dialah yang paling dekat kepada hati,selalu melepaskan segala kesusahan,Dia tetap berlembut terhadap orang yang menderhakaiNYA,dan sering mengabuli segala orang yang memintaNYA!tegas jariah itu pula.



bersambung ............  

Read more...

Saturday, 24 March 2012

wahai diriku ...





wahai diri kenapa kau mengeluh kepenatan..
kau muram kekecewaan,kau murung kesedihan..
kau resah kebimbangan..hanya kerana mereka tidak datang
bila kau ajak pada kebenaran..
wahai diriku..
bukan niatku melontar hamunmu
cuma teguran setulus salju
tidak seharusnya kau begitu!
ku fahami impianmu ..
supaya kita hidup bersatu
ku sanjung ketulusanmu
mengajak ke jalan yg satu
namun...
realiti memang tidak seindah yg dimahu
lantaran jalan ini trlampau brliku
perlukan kesabaran dan keteguhan jitu
ku harus hayati hakikat itu...


Read more...

Wednesday, 14 March 2012

surat buat adam..




adam yg kami rindui,
hanya iman penggerak hidupnya ..
tiangnya agama batinnya taqwa ..
ilmu teguh didada hatinya sarat cinta ..
cinta kepada allah dan rasulNYA ..
suluhannya bukan   nafsu semata2 tapi ihsan kaya dijiwa ..

adam yg kami rindui ..
terhibur dengan kalamullah ..
merasa manis dengan zikrullah ..
rindukan perjuangan rasullullah ..
cintakan sunnah kekasih allah ..
gagah menangkis mehna diakhir zaman yg penuh fitnah ..

adam yg kami rindui ..
mengemudi bahtera rumah tangga ..
petunjuk al-quran ..
petanya sunnah junjungan ..
panjinya islam sauhnya iman ..
layarnya taqwa pakaiannya sabar ..
semangatnya membara setiap ketika mengamit ketaatan ..

adam yg kami rindui ..
malamnya syahdu dek tangisan ..
tak terbuai dek lena yg panjang ..
munajatnya pilu penuh keinsafan ..
sujudnya penuh kehambaan ..
gentarkn neraka jahanam ..
agar x menyentuh anak isteri trsayang ..





Read more...

Friday, 9 March 2012

Surat untuk seorang yg bernama hawa…





Cemburu ku melihat sang pungguk bermadu rndu dgn sang bulan..
Cemburu ku melihat sang helang terbang berdua-duaan..cemburu jua aku pada si belangkas yang hidup berkasih sayang…
Tapi aku,terus kepilauan Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi hawa yg dulu..ku terbang bebas dalam duniaku ibarat sang helang yang gagahmelebar sayap diufuk timur,berani…ku ibaratkan.
Kau Hawa umpama sayap kiriku ini.lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki.ku terbang setinggi2 nya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan tanpa ada dinding yg menghalang tatkala sekali bayu kencang menujah,ku terbang rendah..
Hawa..
Bukan ku tewas dgn bayu nan kencang.biarpun aku umpama helang yg gagah perkasa dan raja udara yg unggul di awanan..namun andainya sebelah sayapku kuat tapi lagi sebelah sayapku tergeliat..ku tidak mampu menongkah ribut yg menggila mengikut haluanku..berat untukku mghadapi dgn sayap kanan…Cuma kau tau Hawa aku jadi derita.






Hawa…
Ku teruskan jua perjalanan dgn ketabahan ku bawamu bersama dlm kepayahan kau memarahiku kerana egoku..kau leteriku semahunya tanpa kau dengari kalamku..
Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan..
Namun……
Tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.terbang dilangit tanpa batasan,sering ku terbabas,hilang arah dan panduan.ku harapkan kritikan serta pesanan brpanjangan agar ku tetap terbang di awanan menjadi jaguh helang terbilang..
Tapi….taffakur ku sejenak di pohonan ..
Hawa..kau diciptakan indah ,bukan daripd kepala untuk disanjung dan dipuja bukan jua drpd kaki untuk dipijak dan hamba sahya.tapi dari rusukku.dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dihati untuk disayangi dan dicintai..
Hawa..
Dulu ku perlukanmu sebagai teman berbudi,menemani tugas beratku sebagai khalifah dimuka bumi.kaulah cerminku yg sentiasa memuhasabah diri.tapi kini,keindahanmu yg sering ku puja,kau salah erti kau tampilkan mghiburkan dunia dengan susuk tubuh yg mengiurkan kaumku..
Kekaburan matanya brtelanjang.hatinya lemas ditelan keasyikan.ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!tapi kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??dimana hilang nya malu mu yg mnjadi hias pakainmu??tidak kau tahu…tubuhmu mnjadi hidangan enak oleh mata,tetapi racun pada jiwa.aku bisa trhumban ke neraka kerananya.kau guna keistimewaanmu untuk mggoda.air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melamah kan iman.
Oh hawa…
Aku rindukan hawa yg dulu,malu,trjaga,trpelihara.







Hawa..
Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati2 untuk diluruskan.lantaran itu ku datang bersama..bahawa antara kita saling prbaiki diri.dengarlah bisikan kasihku sesungguhnya aku rindukan hawa yg dulu,sesuci maryam seteguh asiah,setulus khadijah,setabah fatimah..namamu indah biarpun dimana disegenap jiwa kaulah ibu.trukir kasih dipaparan dada kaulah kekasih dirindui saban ketika.kaulah puteri pengubat duka ,penyejuk mata kaulah adik,pemberi semangat paling brguna kaulah mu’minah trukir indah disetiap dada.ketahuilah hawa..
Kau ku puja.kerana dari rahimmu melahirkn kaumku yg brhati waja .kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dan terjaga ..kerana keistimewaanmu teman hidup tempat cintaku brbicara.kerana kaulah ladang tanaman taman nafsuku yg brgelora kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia dan seisinya ..maka ku datang kepadamu hawa..membawa ubat dgn penuh cinta ubatilah dirimu..aagar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dan kedua-dua sayapku yg kuat dan mantap . agar bukan saja ku dapat menongkah angin dan kencang . bahkn sayapku brkibar penuh bangga mencipta angin…      





Read more...

Wednesday, 19 October 2011

BERTAHANLAH DUHAI IMAN

Manusia kini semakin berlumba-lumba dalam mengejar dunia . Bangunan-bangunan semakin menjulang tinggi , anak remaja terus lalai dengan memuaskan nafsu yang beraja didalam diri .

Sedarkah kita dengan iman yang sedang kehausan tarbiah ?? Kelaparan pengisian rohani ?? Setiap manusia pasti pernah mengalami perasaan itu . Tapi,kita sebagai manusia  yang sering menolak keinginan-keinginan iman itu dengan menuruti perintah raja nafsu .





Iman yang kelelahan dengan kehidupan duniawi juga sering diasak dengan pelbagai jenis kemaksiatan yang sudah dianggap biasa oleh manusia . Iman berasa sungguh lemah tetapi kenapa masih lagi tidak diisi dengan tarbiah ?? Malas ?? Ego ??
Itulah hakikat kehidupan dunia . Yang malas terus dengan kemalasannya dan yang ego semakin tinggi egonya . Ada apa dengan secebis perasaan ego ini jika diri masih lagi tidak tentu dimanakah tempat tinggal diakhirat kelak ??


Adakah nanti ketika diri dicampakkan kedalam neraka ego masih berguna ?? Buka minda , buka hati selami diri . Rendahkan egomu demi sekeping iman yang bertapak didalam hati .


Sedar atau tidak islam sudah semakin menjulang . Ya.. bagi yang tidak sedar pasti mereka merasakan seperti tidak mempunyai apa-apa perubahan.Inilah golongan yang sentiasa memenuhi keinginan duniawi.Mereka sedikit pun tidak mengambil peduli dengan keadaan agama  mereka sendiri.


Kebanyakan manusia pada hari ini mempunyai kesedaran tetapi yang menjadi persoalan mengapa tiada tindakan yang diambil dari kesedaran itu ??Mereka Sedar akan kemaksiatan yang dilakukan tapi,mengapa diteruskan juga ?Terkadang diri terfikir mengapa golongan ini tidak melakukan perubahan?Adakah mereka mencabar hukuman dari Allah? ASTAGFIRULLAH ..!


Atau adakah ianya menunjukkan kejayaan syaitan dalam menarik anak adam untuk bersama mereka diakhirat kelak?Yang pasti,Allah telah berjanji bahawa hamba-hambanya yang beriman pasti tidak akan bersama barisan-barisan syaitan laknatullah itu.







Melakukan perubahan tidaklah semudah ABC,tetapi pengorbanan harus dilakukan demi mencapai tempat jika bukan disisi Allah,mungkin mencapai tempat di syurga.Bermujahadalah demi mencapai keredhaaan Allah.


Setelah perubahan dilakukan bertahan lah dalam beristiqomah melakukan sesuatu amal.Kerana syaitan pasti berusaha sedaya upaya dalam menjerumuskan anak-anak adam dalam kesesatan yang nyata.Dekati mereka-mereka yang soleh atau yang baik amalnya kerana itu menjamin diri daripada melakukan kemaksiatan yang sama.InsyaAllah..


Dan Duduklah juga dalam persekitaran atau biah islamiah .. Jika tiada,carilah ia.Kerana orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu tidak hanya diluahkan dibibir bahkan mereka ini  akan bertindak demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


Apakah sasaran itu?"Aku MAHU BERUBAH!"




Read more...

Tuesday, 13 September 2011

PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN DI PUSAT PENGAJIAN

Akibat penjajahan barat,pusat-pusat pengajian moden yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan di institusi-institusi pengajian telah timbul merata-rata di negeri-negeri islam.


Co-education atau pencampuran lelaki dan perempuan dalam institusi-institusi pengajian ini nampaknya sudah diterima pakai oleh kebanyakan orang islam akhir zaman ini sebagai suatu perkara yang lumrah.


 Bahkan pusat-pusat pengajian islam atau sekolah-sekolah agama pun ada yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan,guru lelaki dan guru perempuan.

Tiada,atau barangkali hampir-hampir tiada kedengaran lagi suara-suara bantahan yang mengatakan bahawa ini adalah melanggar batasan syari'at,dan sebab itu haram.
Sistem Co-education ini telah melahirkan wanita-wanita yang memandang tinggi kepada peranan-peranan lelaki dan merasa hina dengan peranan-peranan wanita yang sememngnya menjadi kewajipann mereka untuk menguruskan peranan tersebut.


Acapkali kita mendengar ayat-ayat yg keluar dari mulut kaum hawa pada masa kini apabila pertanyaan berkisar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorg yang bergelar isteri ialah 


"Ala.. maid kan ada .. buat apa susah-susah fikir??"

"I hantar anak I di nursery .. "

"saya tak ada masa la nk buat kerja-kerja rumah tu semua .. jadual saya penuh hari ni"


Memang tidak dinafikan hanya sekumpulan kecil sahaja yang mempunyai sifat-sifat seperti itu . Tetapi,pada hakikatnya berapa peratuskah wanita pada zaman kini memberi komitmen terhadap rumah tangga yang dibina??

Adakah 80%??atau .. 30% ??Jawapan terletak ditangan kalian.


Adakah masih layak lagi untuk kaum adam menyimpan angan-angan untuk mendapatkan isteri ynag  solehah menjadi suri hidup mereka??
Mungkinkah wujud lagi wanita solehah yang dinanti-nantikan oleh kaum adam ??Pasti!pasti wujud .tapi hanya sebilangan kecil sahaja yng boleh kita temui di era serba moden ini.


Selain daripada perubahan pandangan wanita dari setiap aspek,pencampuran ini juga menyebabkan bertambahnya masalah sosial dikalangan masyarakat.Ada juga institusi-institusi tinggi yang pada dasarnya begitu menjaga 'ikhtilat' dikalangan pelajar .Tetapi,adakah ianya berjaya atau hanya propaganda ??


Selalunya niat yang murni itu tidak akan menjadi jika pencampuran diantara lelaki dan perempuan masih dikekalkan.Pertemuan demi pertemuan akan berlaku dan disitu akan membuahkan bibit-bibit .. bukan bibit-bibit percintaan yang diajarkan oleh Rasullullah tapi bibit-bibit percintaan hasil usaha syaitan dalam meruntuhkan iman seorg lelaki .


Hasilnya???   Nah!!




Bagaimana dengan yang ini ??





Itulah hasilnya apabila syaria't sudah tidak dipedulikan lagi . Bukan sahaja negara semakin tidak menentu bahkan masyarakat juga menjadi semakin bercelaru!

Setiap syaria't yang ditetapkan pasti mempunyai kelebihannya sendiri kerana manusia adalah ciptaan Allah.Dan pencipta lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya.

Kerana itulah Islam sangat mementingkan 'hijab' diantara lelaki dan perempuan kerana apabila sistem 'hijab' ini diamalkan InsyaAllah perkara-perkara yang negatif seperti itu tidak akan mungkin terjadi .

Mungkin tidak dapat tidak kita dapat menghalang perbuatan maksiat,tapi cukup sekadar carta pelaku maksiat itu berada di paras yang masih dikawal.


Ingatlah tentang dunia yang semakin senja , dimana mungkin kita sudah tidak punya cukup waktu lagi untuk mengumpulkan seberapa banyak amal sebagai bekalan.Mungkin esok adalah due date kematian kita,mungkin juga lusa ataupun paling tidak seminit lagi kematian akan bertamu .

Kerana,kehidupan dunia dengan segala peristiwanya yang selalu berubah-ubah dengan cepat,lalu hilangnya kewujudan manusia itu sendiri dan pada akhirnya bertemu akhirat dengan peristiwanya yang begitu bergrjolak.


Tetapi,yang sering terjadi apabila nasihat dilontarkan , semakin menjauh seseorang manusia itu dengan nasihat.Lumrah .. itulah lumrah bagi seorang yng mengajak kearah jalan bertemu Rabb di nun tertinggi.Sabar ialah bekalan yang wajib ada pada diri seseorang yang mengajak kearah kebaikan.

Teruskanlah perjalanan itu , kerana setiap perjalanan itu pasti Allah hiasi dengan keindahan warna-warni kehidupan.Sesungguhnya erti kehidupan itu dipelajari melalui jalan-jalan yang dilalui oleh setiap insan


Kerana Allah telah berfirman :
'serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. '                                                                                                        (An-nahl:125)





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...