Tuesday 10 April 2012

untukmu sahabat ..









Sahabat ..

Terima kasih kerana sentiasa berada disampingku 
Disaat hati ini lemah,hati ini rapuh
Disaat kaki ini goyah,tidak tahu kemana harus ku tuju
Engkau tetap berada disisi tanpa dipinta oleh diri ..

Sahabat ..
Maaf,mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik,
Maaf juga mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
Maaf lagi,mungkin selama ini aku membuatmu rasa tersisih,
Maaf juga,mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih,
Maaf sungguh,mungkin selama ini aku sering tidak memahami,
Maaf aku hamba yang biasa,
Kerana kelemahanku itu aku sering panjatkan doa dikesempatan yang ada,
Moga Allah selalu menyanyangi kamu
Walau siapapun kamu,kamu itu sahabat aku .

Sahabatku ..
Tak terasa bila engkau pergi,
Tapi sayu bila kau tak kembali,
Mencarimu dengan hati suci lebih indah dari memiliki tapi tidak menghargai,
Kau datang tanpa seruan,
Kau pergi tanpa alasan ..
Akan ku kejar engkau sebelum kau hilang dari pandangan,
Kerana hadirmu anugerah yang tiada bandingan..


THANK YOU FOR THE GIFT OF PERSAHABATAN









"Jadilah sahabat yang hadirnya dinanti dan perginya dirindui kerana mencari sahabat yang setia dan jujur ibarat mencari sebutir permata disebalik timbunan kaca"

8 comments:

  1. nah ambik..hehehe ^_^


    Ku biar kalam berbicara
    Menghurai maksudnya di jiwa
    Agar mudah ku mengerti
    Segala yang terjadi
    Sudah suratan Ilahi

    Ku biarkan pena menulis
    Meluahkan hasrat di hati
    Moga terubat segala
    Keresahan di jiwa
    Tak pernah ku ingini

    Aku telah pun sedaya
    Tak melukai hatimu
    Mungkin sudah suratan hidupku
    Kasih yang lama terjalin
    Berderai bagaikan kaca
    Oh teman, maafkanlah diriku


    Oh Tuhan
    Tunjukkan ku jalan
    Untuk menempuhi dugaan ini
    Teman, maafkan jika ku melukaimu
    Moga ikatan ukhwah yang dibina
    Ke akhirnya

    Aku tidak kan berdaya
    Menahan hibanya rasa
    Kau pergi meninggalkan diriku
    Redhalah apa terjadi
    Usahlah kau kesali
    Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
    Sayangmu kerana Maha Penciptamu...
    Mmmmuhhhhaaaaahhhhhhhh ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm sahabat???
      adakah ia seperti memilih bunga yang hanya kembang segar?
      apakah anda pernah terfikir
      bunga yang kembang tidak semestinya segar sentiasa
      segarnya dia bersama anda hanya sementara
      pernahkah anda terfikir bagaimanakah sahabat yang sebenar2nya?
      andainya dia benar2 sahabat anda
      mahukah anda menerimannya seadanya
      buruk baiknya anda terima
      andai jalannya tersasar
      anda pimpinnya ke jalan yang benar
      benarkah tali persahabatan xkn putus sampai akhirat?
      jikalau itu hakikatnya
      sudikah engkau jadi sahabat?
      sahabat kepada seorang insan yang berdosa. ^__^

      Delete
    2. jika kamu sudi menghulurkan tangaanmu untuk menjadi sahabatku ..akan ku sambut ia ..
      ya ..akan ku terima kamu seadanya ..
      aku juga bukan insan yang sempurna ..
      saling lengkap melengkapi itu perlu dlam persahabatan ..
      Biiznillah ..

      Delete
    3. ^___^
      senyum adalah sedekah
      tiada kata seindah bahasa
      sampaikan bibirku merekah
      hanya kerna kau terima
      terima kasih

      Delete
  3. tp ak agak xmintla lagu ni. sedih n bising skt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...