Wednesday, 19 October 2011

BERTAHANLAH DUHAI IMAN

Manusia kini semakin berlumba-lumba dalam mengejar dunia . Bangunan-bangunan semakin menjulang tinggi , anak remaja terus lalai dengan memuaskan nafsu yang beraja didalam diri .

Sedarkah kita dengan iman yang sedang kehausan tarbiah ?? Kelaparan pengisian rohani ?? Setiap manusia pasti pernah mengalami perasaan itu . Tapi,kita sebagai manusia  yang sering menolak keinginan-keinginan iman itu dengan menuruti perintah raja nafsu .





Iman yang kelelahan dengan kehidupan duniawi juga sering diasak dengan pelbagai jenis kemaksiatan yang sudah dianggap biasa oleh manusia . Iman berasa sungguh lemah tetapi kenapa masih lagi tidak diisi dengan tarbiah ?? Malas ?? Ego ??
Itulah hakikat kehidupan dunia . Yang malas terus dengan kemalasannya dan yang ego semakin tinggi egonya . Ada apa dengan secebis perasaan ego ini jika diri masih lagi tidak tentu dimanakah tempat tinggal diakhirat kelak ??


Adakah nanti ketika diri dicampakkan kedalam neraka ego masih berguna ?? Buka minda , buka hati selami diri . Rendahkan egomu demi sekeping iman yang bertapak didalam hati .


Sedar atau tidak islam sudah semakin menjulang . Ya.. bagi yang tidak sedar pasti mereka merasakan seperti tidak mempunyai apa-apa perubahan.Inilah golongan yang sentiasa memenuhi keinginan duniawi.Mereka sedikit pun tidak mengambil peduli dengan keadaan agama  mereka sendiri.


Kebanyakan manusia pada hari ini mempunyai kesedaran tetapi yang menjadi persoalan mengapa tiada tindakan yang diambil dari kesedaran itu ??Mereka Sedar akan kemaksiatan yang dilakukan tapi,mengapa diteruskan juga ?Terkadang diri terfikir mengapa golongan ini tidak melakukan perubahan?Adakah mereka mencabar hukuman dari Allah? ASTAGFIRULLAH ..!


Atau adakah ianya menunjukkan kejayaan syaitan dalam menarik anak adam untuk bersama mereka diakhirat kelak?Yang pasti,Allah telah berjanji bahawa hamba-hambanya yang beriman pasti tidak akan bersama barisan-barisan syaitan laknatullah itu.







Melakukan perubahan tidaklah semudah ABC,tetapi pengorbanan harus dilakukan demi mencapai tempat jika bukan disisi Allah,mungkin mencapai tempat di syurga.Bermujahadalah demi mencapai keredhaaan Allah.


Setelah perubahan dilakukan bertahan lah dalam beristiqomah melakukan sesuatu amal.Kerana syaitan pasti berusaha sedaya upaya dalam menjerumuskan anak-anak adam dalam kesesatan yang nyata.Dekati mereka-mereka yang soleh atau yang baik amalnya kerana itu menjamin diri daripada melakukan kemaksiatan yang sama.InsyaAllah..


Dan Duduklah juga dalam persekitaran atau biah islamiah .. Jika tiada,carilah ia.Kerana orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu tidak hanya diluahkan dibibir bahkan mereka ini  akan bertindak demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.


Apakah sasaran itu?"Aku MAHU BERUBAH!"




Read more...

Tuesday, 13 September 2011

PERCAMPURAN LELAKI DAN PEREMPUAN DI PUSAT PENGAJIAN

Akibat penjajahan barat,pusat-pusat pengajian moden yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan di institusi-institusi pengajian telah timbul merata-rata di negeri-negeri islam.


Co-education atau pencampuran lelaki dan perempuan dalam institusi-institusi pengajian ini nampaknya sudah diterima pakai oleh kebanyakan orang islam akhir zaman ini sebagai suatu perkara yang lumrah.


 Bahkan pusat-pusat pengajian islam atau sekolah-sekolah agama pun ada yang mencampurkan sekali pelajar lelaki dan perempuan,guru lelaki dan guru perempuan.

Tiada,atau barangkali hampir-hampir tiada kedengaran lagi suara-suara bantahan yang mengatakan bahawa ini adalah melanggar batasan syari'at,dan sebab itu haram.
Sistem Co-education ini telah melahirkan wanita-wanita yang memandang tinggi kepada peranan-peranan lelaki dan merasa hina dengan peranan-peranan wanita yang sememngnya menjadi kewajipann mereka untuk menguruskan peranan tersebut.


Acapkali kita mendengar ayat-ayat yg keluar dari mulut kaum hawa pada masa kini apabila pertanyaan berkisar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorg yang bergelar isteri ialah 


"Ala.. maid kan ada .. buat apa susah-susah fikir??"

"I hantar anak I di nursery .. "

"saya tak ada masa la nk buat kerja-kerja rumah tu semua .. jadual saya penuh hari ni"


Memang tidak dinafikan hanya sekumpulan kecil sahaja yang mempunyai sifat-sifat seperti itu . Tetapi,pada hakikatnya berapa peratuskah wanita pada zaman kini memberi komitmen terhadap rumah tangga yang dibina??

Adakah 80%??atau .. 30% ??Jawapan terletak ditangan kalian.


Adakah masih layak lagi untuk kaum adam menyimpan angan-angan untuk mendapatkan isteri ynag  solehah menjadi suri hidup mereka??
Mungkinkah wujud lagi wanita solehah yang dinanti-nantikan oleh kaum adam ??Pasti!pasti wujud .tapi hanya sebilangan kecil sahaja yng boleh kita temui di era serba moden ini.


Selain daripada perubahan pandangan wanita dari setiap aspek,pencampuran ini juga menyebabkan bertambahnya masalah sosial dikalangan masyarakat.Ada juga institusi-institusi tinggi yang pada dasarnya begitu menjaga 'ikhtilat' dikalangan pelajar .Tetapi,adakah ianya berjaya atau hanya propaganda ??


Selalunya niat yang murni itu tidak akan menjadi jika pencampuran diantara lelaki dan perempuan masih dikekalkan.Pertemuan demi pertemuan akan berlaku dan disitu akan membuahkan bibit-bibit .. bukan bibit-bibit percintaan yang diajarkan oleh Rasullullah tapi bibit-bibit percintaan hasil usaha syaitan dalam meruntuhkan iman seorg lelaki .


Hasilnya???   Nah!!




Bagaimana dengan yang ini ??





Itulah hasilnya apabila syaria't sudah tidak dipedulikan lagi . Bukan sahaja negara semakin tidak menentu bahkan masyarakat juga menjadi semakin bercelaru!

Setiap syaria't yang ditetapkan pasti mempunyai kelebihannya sendiri kerana manusia adalah ciptaan Allah.Dan pencipta lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya.

Kerana itulah Islam sangat mementingkan 'hijab' diantara lelaki dan perempuan kerana apabila sistem 'hijab' ini diamalkan InsyaAllah perkara-perkara yang negatif seperti itu tidak akan mungkin terjadi .

Mungkin tidak dapat tidak kita dapat menghalang perbuatan maksiat,tapi cukup sekadar carta pelaku maksiat itu berada di paras yang masih dikawal.


Ingatlah tentang dunia yang semakin senja , dimana mungkin kita sudah tidak punya cukup waktu lagi untuk mengumpulkan seberapa banyak amal sebagai bekalan.Mungkin esok adalah due date kematian kita,mungkin juga lusa ataupun paling tidak seminit lagi kematian akan bertamu .

Kerana,kehidupan dunia dengan segala peristiwanya yang selalu berubah-ubah dengan cepat,lalu hilangnya kewujudan manusia itu sendiri dan pada akhirnya bertemu akhirat dengan peristiwanya yang begitu bergrjolak.


Tetapi,yang sering terjadi apabila nasihat dilontarkan , semakin menjauh seseorang manusia itu dengan nasihat.Lumrah .. itulah lumrah bagi seorang yng mengajak kearah jalan bertemu Rabb di nun tertinggi.Sabar ialah bekalan yang wajib ada pada diri seseorang yang mengajak kearah kebaikan.

Teruskanlah perjalanan itu , kerana setiap perjalanan itu pasti Allah hiasi dengan keindahan warna-warni kehidupan.Sesungguhnya erti kehidupan itu dipelajari melalui jalan-jalan yang dilalui oleh setiap insan


Kerana Allah telah berfirman :
'serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. '                                                                                                        (An-nahl:125)





Read more...

Friday, 26 August 2011

MENJELANG 10 YANG TERAKHIR




 MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..

 Mercun dibakar disana sini 
sambil si anak ketawa geli 
mendengar si atuk melatah tak henti-henti
ketika solat terawikh sedang didiri
adakah ini patut terjadi ??
Di saat jemaah sedang khusyuk mengadap ilahi
anak sapa la yang nk kene makan kaki ni ??


MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..

Orang beriman sibuk kumpul amalan di malam hari
Demi berjumpa si MALAM yang diberkati
tapi..
kenapa ramai yang cabut lari ??
Disaat terawikh tak habis lagi ??
Alasannya sakit kaki
dah tak boleh berdiri
tapi bab joli ..
tak payah tanya lagi
sakit kaki ke sakit jari ke masih tetap akan berdiri
tak kira kemana mahu pergi 
yang penting hati heapy ..
 itulah manusia akhir ini
tak sedar diri!






 MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..

 Semua umat manusia sibuk membuat persiapan diri
Untuk menyambut hari kemenangan yang dinanti
betulkah kemenangan sudah dijari??
tengok tak ada perubahan pun sama sekali ??
Menang apa kalau macam ni
si anak muda sibuk mencari
nasi bungkus yang cantik sekali
untuk dimakan tengahari nanti
tapi kat mana mereka hendak menikmati nasi yang lazat ni??
akhirnya semak samun jugalah tempat yang ditujui
melahap tak ingat duniawi
sekali makan tercekik sampai ke pagi
akhirnya diri datang mengadap ilahi
Alhamdulillah .. ku syukuri ..
Tapi,bukan itu yang terjadi
malah,mereka pula yang excited borong pakaian Aidilfitri
Hatta,songkok juga mereka perbaharui
Tak malu sungguh mereka ini.


 MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..

 Disuruh bayar zakat sebelum takbir berbunyi
melaksanakan rukun iman yang dh termeteri
tapi,tak juga pergi-pergi
alasannya ada banyak waktu lagi
esok pagi
orang sibuk pergi ke masjid dia sibuk pergi kerumah tok kadi
tok kadi naik heran tahap yang paling tinggi
sejak bila dia tukang kutip zakat ni??
ku sangkakan ada orang nak nikah pagi-pagi
Rupanya orang yang tak ada jati diri
buat orang geram je hari-hari
kene pelangkung dari aku pagi-pagi sedap juga ni
boleh test energy pagi-pagi
sambil melepaskan geram yng terbuku didalam hati.






MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..

Ahli-ahli kubur akan datang menziarahi
rumah si anak yang dikasihi
demi meminta doa dipanjati
Adakah kita sedar akan semua ini ??
sedih sungguh rasa hati
apabila anak yang dicintai
tidak menyedekahkan walaupun sekali
malah mercun dan bunga api yang diberi
Pulanglah ahli tanpa membawa bekalan sama sekali
meratap nasib apa yang bakal terjadi selepas ini
selepas bergema takbir aidilfitri
disaat itu malaikat menyoal diri
apakah jawapan yang akan diberi
bekalan sahaja tidak dipunyai.



Sedarlah muda mudi ..
saudara-saudaramu yang dialam barzakh ini
memohon sedikit bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi
semoga dengan sedekahmu itu menjadi bekalan juga seperti kami
semoga Allah merahmati











SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..
Maaf zahir batin dipinta oleh diri ..





Read more...

Tuesday, 23 August 2011

Indahnya jawapan Itu ..

 Sambungan kisah kepintaran seorang paderi ...


 Sekarang, saya akan menjawab kesemua soalan -soalan kamu itu satu per satu dengan keterangannya sekali!kata Abu yazid Al-bustami.

Adapun tentang pertanyaann kamu Yang satu tak ada duanya?? Itulah kewujudan Allah Maha Esa.Dia tuhan yang tunggal tidak ada sekutu bagiNYA.

Adapun tentang Yang dua tidak ada tiganya?Bukankah itu malam dan siang.Bila pergi malam datanglah siangnya,dan bila pergi siang datang malam menggantikannya.
Tentang yang tiga tidak ada empatnya ?? Dia itu adalah thaurat,injil,zabur dan Al-quran.Tentang lima tak ada enamnya pula??Agama islam telah memfardhukan penganutnya bersolat lima waktu,iaitu zohor,asar,maghrib,isyak dan subuh.
Tentang enam tidak ada tujuhnya Dia itu adalah hari-hari Allah telah menciptakann bumi dan langit,hal ini tersebut didalam kesemua kitab suciNYA.

Tentang tujuh tak ada lapannya??Itulah dia tujuh petala langit dan tujuh petala bumi yang disebutkan didalam kitab suciNYA juga.

Tentang lapan tidak ada sembilannya??Mereka itu adalah malaikat-malaikat pemikul Arasy tuhan,sebagaimana yang disebutkan didalam kitab suciNYA.Dann memikul Arasy Tuhann kamu pada hari kiamat itu nanti adalah lapan orang malaikat.

Tentang sembilan tak ada sepuluhnya??Mereka itu adalah kaum dari golongan manusia yang menjadi perosak muka bumi Allah,sebagaimana yangg tersebut didalam kitab suci:'di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak dibumi dan mereka tidak pernah melakukan kebaikan'.

Tentang yang dikatakan sepuluh yang sempurna iaitu kefardhuan puasa sepuluh hari keatas orang-orng yang berihram haji,sebagaimana firmannya yang berbunyi:'Maka hendaklah dia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari dimasa haji,dan tujuh hari lagi apabla dia kembali kenegerinya.Itulah dia sepuluh yang sempurna,kata tuhan.
Kemudian,yang dikatakan yang sebelas itu ??Mereka itu adalah saudara mara nabi Yusuf a.s.
Dan yang dikatakan Yang dua belas pula??Itulh dia nama-nama bilangan bulan dalam setahun.

Ynag dikatakan Yang tiga belas itu??iaitu apa yang dimimpikan oleh nabi Yusuf a.s sebagaimana yang disebutkan didalam kitab suci.Berkata Yusuf : 'Sesungguhnya aku lihat sebelas bintang,matahari dan bulan.Semuanya bukankah tiga belas ??



Adapun tentang orang-orang yangg berdusta,tetapi mereka akhiirnya dapat menduduki syurga??Mereka itulah saudara-saudara nabi Yusuf a.s kerana mereka ketika mendakwa kepada bapa mereka (Nabi ya'qub a.s) bahawa nabi Yuauf telah dimakan serigala,merek membawa pakaiannya setelah dilumurkan dengan darah kambing.Apa yang mereka buat itu adalah hal yang dusta.


Dan tentang orang-orang yang berkata benar,tetapi mereka ditempatkan kedalam neraka? Mereka itu adalah kaum yahudi dan kaum nasrani,sesuai dengan firman Allah Ta'ala di dl\alam kitab suciNYA : 'Telah berkata kaum yahudi,bahawa kaum nasrani itu tidk benar.Dan berkata pula kaum nasrani bahawa kaum yahudi itu tidak benar.
Kedua-dua kaum yahudi dan nasrani itu telah berkata benar dalam tuduhan mereka antara satu sama yang lain,namun begitu mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada dihadapan mereka , iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w sebagai agama yang telah memansuhkan segala agama yang sebelumnya.Lantaran itulah mereka akan menduduki neraka.


Mengenai pertanyaan kamu dari hal roh pula??Ia berada di jasadmu di antara dua telinga kamu pada gambaran wajah.

Tentang Adz-zaariyati Zarwan??Dia itu adalah nama dari macam-macam angin yangg empat
Tentang Al-haamilati Waqran??Dia itulah adalah awan gemawan yang tersebar didada langit.
Tentang Al-Jaariyati Yusran??Dia itu adalah perahu-perahu yang sedang berlayar dimuka laut.
Tentang Al-Muqassimati Yusran??Mereka itulah malaikat-malaikat yangg bertugas untuk membahagikan-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam nisfu syaaban.




Tentang empat belas ??Mereka itulah yang berkata-kata kepada tuhan semesta alam iaitu tujuh petala langit dan tujuh petala bumi,sesuai dengan firman Allah Ta'ala :' Maka tuhan berkata kepadanya,yakni kepada tuju petala langit dan bumi datanglah kepadaKU secara patuh terhadap perintah , ataupun secara trpaksa.Maka berkata kedua bumi dan langit : Kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.


Tentang kuburan yang berjalan bersama penghuninya??Iaitu ikan besar yang menelan Nabi Yunus a.s .Nabi Yunus berada didalamnya sebagai kuburan , dibawanya ke mana-mana sehingga dimuntahkannya disebuah pantai,dengan izin Allah Ta'ala.


Tentang sesuatu yang bernafas,namun tak memiliki rohh ??Iaitu waktu subuh,sesuai dengan firman Allah ta'ala : Demi sebuh dan apabila bernafas.


Tentang air yang tiada turun dari langit dan tiada pula berasal dari bumi ??Dia itulah air yang dikirim Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s didalam sebuah botol ,iaitu air peluh kuda.


Adapun tentang empat yang bukan dari golongan jin ,manusia dan malaikat,juga tidak berasaldari punggung laki-laki dan tidak berasal dari seorangg ibu??Dialah kambing kibasy yang dibawa Jibril a.s untuk menjadi korban bagi ganti Nabi Ismail a.s Juga unta Nabi Allah Saleh a.s yang disembelih oleh kaumnya .Dan yang ketiga dan kempat,ialah Nabi Adam dan Siti Hawa -alaihimas salam-



Tentang suatu ciptaan Allah,lalu diingkarinya sebagai suatu yang buruk??Iaitu suara keldai yang tidak enak didengar,sesuai dengan firman Allah yang berbunyi: Sesungguhnya seburk-burk suara ialah suara keldai !


Tentang darah pertama yang dialirkan ketas bumi?iaitu darah Habil apabila dibunuh oleh saudaranya sendiri qabil.



Tentang suatu ciptaan Allah,lalu dianggapnya sebagai suatu yang berat?Iaitu tipu helah wanita,sesuai dengan firman Allah Ta'ala :Sesungguhnya tipu helah wanita adalah tipu helah yang besar atau berat.




Tentang siapa dia seutama-utama kaum wanita?iaitu Hawa,ibu kepada sekalian manusia,kemudian Khadjh r.a kemudian Aisyah r.a kemudian Asia (isteri firaun) dan Maryam binti IMran.


Tentang yang mana satu yang menjadi seutama-utama laut??Iaitu Sihum,Jihun,Furat,dan Nil dinegeri Mesir.


Tentang seutama-utama gunung-ganang??Dialah itu Tursina
Tentang seutama-utama binatang??dialah itu  Kuda
Tentang seutama-utama bulan??Dialah itu bulan Ramadhan
Tentang seutama-utama malam??Dialah itu malam Lailatulqadar
Tentang At-thammah??Dia itu adalah hari kiamat.


Tentang suatu pohonn mempunyai dua belas ranting,setiap ranting mempunyai tiga puluh pucuk,setiap pucuk mempunyai lima kembang,dua kembang di matahari dan tiga lagi di tepi kegelapan??Jawabnya yang pohon itu adalah tahun,dan yang dua belas ialah dua belas bulann dan yang tiga puluh daun itu ialah 30 hari , dan lima kembang itu ialah lima waktu solat,dua diwaktu siang di waktu ada matahari  dan tiga di waktu malam dimana kegelapan mengelubungi alam ini.






Tentang empat macam air yang lain rupa dan rasanya sedang sumbernya berasal dari yang satu??Iaitu air mata,air telinga,air hidung dan air mulut.Air mata adalah masin,air telinga adalah pahit , air hidung adalah masam dan air mulut adalah tawar.



"Bagaimanna dengan jawapan-jawapanku itu ?" tanya Abu Yazid


"Kami setuju terhadap semua jawapan-jawapan itu" kata pemimpin pendeta itu.


"Tak adakah lagi siapa di antara kamu yang mahu menayakan sesuatu yang lain??" tanya Abu yazid lagi.




Mereka semua diam.Tidak ada seorang pun yang mahu mengemukakann pertanyaan,ataupun barangkali mereka sudah tidak ada apa-apa yang hendak ditanyakan lagi.


"Tapi saya ada sesuatu yang hendak saya tanya,"kata Abu yazid.
"ini giliran saya pula",tambahnya bersahaja.




Para pendeta itu memandang satu sama lain.


"Soalan pertama"kata Abu yazaid."Beritahu aku akan kunci syurga dan kunci langit?!"






Para pendeta itu semuanya berdiam diri , barangkali tidak ada seorang pun yang dapat menjawabnya termasuk pemimpin pendeta itu sendiri.


"Kamu telah mengemukakan kepadaku berbagai-bagai pertanyaan bukan satu dua,tetapi banyak sekali,semuanya telah aku jawab ",kata Abu yazid."Ini baru satu pertanyaan yang aku kemukakan,tapi kamu semua tidak dapat menjawabnya?"


"Kami semua memang tidak dapat menjawabnya,"jawab hampir semua pendeta yang berada disitu.Kemudian mereka sekaliann memandang wajah pemimpin mereka ,lalu meminta dia menjawab .


"cubalah Tuan pendeta menjawabnya untuk melepaskann kami dari malu!"kata mereka kepada pemimpin pendeta itu.



"Jawablah Tuan pendeta "kata para pendeta itu "selama ini kami tidak pernah membantah apa yang tuan katakan.


"Ya,memang benar,"sampuk Abu yazaid sekali,"bukankah engkau pemimpin mereka sekalian,dan dasr anak buah harus mendengar kata-kata pemimpinnya,bukan begitu??



"Baiklah,kalau begitu saya akan jawab pertanyaan orang islam itu" kata pemimpin pendeta itu .Para pendeta disitu hampir semua merasa gembira kerana rupanya pemimpin pendeta mereka dapat menjawab pertanyaan orang islam itu.


"Ketahuilah,bahawa kunci syurga dan langit itu tiada lain melainkan LAA ILAAHA ILLALLAH,MUHAMMADUR RASULLULLAH  ( tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah) tegas pemimpin pendeta itu .


Para pendeta itu hampir kesemuanya barasa terkejut mendengar ucapan pemimpin mereka.Mereka hampir tidak percaya kepada apa yang diucapkan oleh pemimpin pendeta mereka.Apa benar yangg dikatakan itu,ataupun dia telah terpukau oleh orang islam ini.KEadaan disitu agak hiruk pikuk sedikit.



"Kamu semua telah mengaku sebelum ini,bahawa kamu akan setuju kepadanya,walau apapun yang dia katakan,"kata Abu yazid lagi."Sekarang,marilah sama-sama mengucapkan syahadat itu dan menjadi islam seperti aku !"



"Nanti dulu!,"jawab seorang diantara mereka."KAmi ingin pastikan sendiri apa yang diucapkannya itu memang benar"


"Kawan-kawan sekalian!"kata pemimpin pendeta itu!"percayalah bahawa apa yang sya katakan sebentar tadi adalah benar.Saya tidak terdesak oleh mana-mana tekanan pun.Memabg sudah lama saya ingin menyampaikan ini keada kawan-kawan sekalian,tetapi sya selalu bimbang dan sya takut kamu semua tidak akan percaya kepadaku lagi.Saya hanya menunggu waktu sahaja".



"Dari mana Tuan mengetahui hal ini??!" tanya seorang yang lain.



"Dari Tuan pendeta sebelumku,"terang pemimpin pendeta itu .Kali ini lebih tegas ,mungkn dia tidak peduli apa yang akann berlaku sesudah itu.



"Ketika Tuan pendeta itu akan meninggal dunia,dia telah memberitahuku dan dia bersumpah apa yang dikatakan itu adalah benar."tambah pemimpin pendeta itu lagi.



"kalau begitu,apa yang harus kita tunggu lagi??"sampuk salah seorang dari mereka .





Dengan hidayah Allah Ta'ala,maka semua para pendeta itu telah memeluk islam satu persatu.Mereka semua telah bertukar kulit.Daripada menjadi pendeta nasrani,kini menjadi pula orang-orang soleh yng mematuhi agama islam.







WAALAHUA'LAM...



Read more...

Wednesday, 17 August 2011

PAKAIAN PURdAH TIDAK ADA DALAM ISLAM ???

Pada akhir-akhir ini telah kedengaran sesetengah pihak dari kalangan orang islam yang mengkritik hukum hijab dan juga yang mengkririk pakaian purdah .

Yakni pakaian baju labuh dengan tutup muka yang dinamakan burqu' atau niqab.Mereka mengatakan bahawa ini bukannya ajaran islam,tetapi muncul dari adat resam sahaja.

Ada pula yang mengatakan bahawa ianya berasal dari kebudayaan - kebudayaan kuno,seperti kebudayaan Ashur (Assayiria) dan Farsi.





Ada yang mengatakan bahawa ianya berasal dari Turki . Pendapat atau anggapan mereka itu ternyatalah tiada benar,bahkan meleset!

Isteri-isteri Rasullullah s.w.a,isteri-isteri para sahabat r.a,dan lain-lain fudlayatun nisa' atau wanita-wanita utama,semuanya memakai pakaian hijab atau apa yang dinamakan purdah itu.

Ada orang yang menggelarkan wanita-wanita yang memakai pakaian menutup seluruh badannya itu dengan gelaran "hantu" "khemah bergerak" "ninja" dan sebagainya .Mereka pada hakikatnya menyedekahkan pahala dan kebaikan-kebaikan mereka kepada orang-orang yang dinista itu .

Sebuah majala inggeris , yang diterbitkann di Hong KOng,pernah pada beberapa tahun yang lalu,memebuat kempen anti-Purdah , dengan mengatakan , diaantara lain-lainnya,bahawa pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk muka itu,akan mengakibatkan si pemakainya akan mudah mendapat penyakit tibi.


Ada pula sesetengah orang islam yang jahil , yang mengatakan bahawa pakaian purdah itu boleh disalahgunakan oleh orang-orang jahat.Oleh itu,tak usahlah wanita-wanita islam memakainya.



Ini adalah satu bantahan yang amat dha'if . Baju kemeja dan seluar pun ada yang dipakai oleh orang-orang jahat,tetapi kenapa masih ramai orang yang memakainya??Motokar pun ada yang disalahgunakan oleh orang-orang jahat , tetapi apakah kita jangan sesekali menaiki motokar ?


Ada pula yang mengatakan bahawa itu adalah pakaian perempuan-perempuann jahat.La haula wala quata illabillah!kalau pun ada perempuan-perempuan jahat yang memakainya,maka yang  harus dicela dan dimomokkan bukanlah pakaian itu,tetapi sifat mereka yang keji dan jahat.

Ada orang yng sembahyang , tetapi perangai mereka masih jahat.Apakah kita harus mencela dan memomkkan sembahyang??Tidak,yang harus kita cela dan momokkan ialah sifat dan perbuatan mereka ynag buruk itu .



Semua dolak-dalik ini adalah lahir dari hawa nafsu,demekian juga sangka-sangkaan yang salah tadi.

Menurut keterangan yang diberikan oleh sesetengah orang tua-tua kita,memang pada suatu masa yang silam,perempuan-perempuan melayu di semenanjung Tanah Melayu pun pernh memakai pakain yang menutup seluruh tubuh mereka.Mereka berkelumbung dengan kain sarung pelekat atau kain sarung batik yang besar yang dinamakan kain sentung.


Apabila mereka berjalan keluar rumah,mereka pun menutupkan muka mereka dengan kain itu,dengan mendedahkan dua biji mata mata sahaja.




Mereka juga mengenali tutup muka yang dinamakan burqu' itu.Burqu' didalam bahasa malaysia dan indonesia disebut sebagai marguk.


Di beberapa tempat ditanah melayu seperti di kampung sungai cincin,gombak , selangor pernah terdapat beberpa orang perempuan yang memakai marguk.Khabarnya,pakaian yang mendedahkan muka dengan selendang lilit dan selendang kecil,atau skarf menjadi popular setelah berkembangnya sekolah-sekolah cara moden di tanah air kita.


Telekung kecil,atau apa yang disebut mini telekung pula hanya menjadi popular sekitar akhir kurun keempat belas Hijriyyah atau tahun-tahun sembilan belas ujuh puluhan masihi.

Mungkin sesetengah atau kebanyakan perempuan kita agak keberatan untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan mereka apabila mereka keluar rumah atau berada ditempat yng boleh dilihat oleh lelaki ajnabi.

Sebabnya,kerana belum biasa.Tetapi seperti kata peribahasa melayu'alah bisa tegal biasa' "Mungkin kerana malu,atau takut dicemoh dan dicaci orang"
Tetapi bukankah diantara sifat-sifat orang yang beriman itu bahawa adalah tiada takut caci-maki dan celaan orang yang mencela??


Kalau takut dicela kerana menunaikan titah perintah Allah,maka mustahil lah kita mendapat iman yang sebenar .


Mungkin ada yang keberatankerana berasa susah untuk mengendong anak.Ini pun satu alasan yang tidak munasabah!kerana wanta-wanita utama zaman dahulu juga beranak pinak juga, dan terpaksa mendukung anak bila perlu.Mereka boleh mendukungnya walaupun berasa agak sukar pada mulanya dengan pakaian yang menutup tubh itu.


Mungkin ada yang rasa keberatan kerana takut tiada dapat keluar rumah acapkali.Soalnya siapa yang menyuruh wanita-wanita beriman keluar rumah acapkali,jikalau tiada hajat atau dharurat dari segi syaria'h??

Mungkin ada yang merasa bahawa hukum tentang hijab ini amat berat,tak teramal oleh perempuan - perempuan melayu kita yang telah biasa bergelandangan di luar rumah.Ini juga alasan yang tidak munasabah!

Kerana tidak ada hukum Allah Ta'ala yang begitu berat sehingga menyusahkan kita.Kalau pun ada sedikit sebanyak kesusahan yang terasa , maka Allah Ta'ala menjanjikan bahawa bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan.

Kita perlulah mentaati Allah Ta'ala dengan redha,jika tiada upaya dengan redha,maka dengan bersabar.Bersabar dalam mentaati Allah Ta'ala seperti juga bersabar dalam menghadapi bala dan malapetaka.


Sebenarnya yang merasa berat iu hanya hawa nafsu kita,bukannya diri kita yang hakiki atau roh kita.Hukum hakam Allah dan peraturan-peraturanNYA itu telah diturunkan sesuai dengan fitrah atau sifat semulajadi kita,dan kita tiadalah dibebankan oleh Allah Ta'ala lebih daripada apa yang benar-benar dapat kita tanggung .

Tidak ada satu bukti pun daripada Al-quran , hadith atau kitab-kitab para ulama' yang menunjukkan bahawa tujuan wanita-wanita islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w itu menutup muka ialah untuk memelihara muka mereka daripada debu.Bahkan mereka menutup muka itu kerana suruhan syara'.

Untuk tujuan pinang meminang,maka pihak yang hendak meminang dan pihak yang bakal dipinang boleh mencapai persetujuan dimana mereka boleh mengadakan satu keadaan untuk membolehkan bakal suami atau wakilnya untuk melihat anak gadis atau perempuan yang bakal dipinang itu didalam garis-garis yang diharuskan syara'.

WALLAHUA"LAM ...




Read more...

Sunday, 14 August 2011

Kenapa Begitu ??

"weyh,aq tanye skit boleh?"

"pasal apa??"

"tak de lah serius sgt .. aq cuma pelik je "

"pelik pasal apa??"

"aq pelik la dengan kawan2 kite yg nakal neyh .. diorg nakal2 pun exam pergh!gempaks..!budak yg baek2 neyh pulk aq tgok .. nk kate x study .. ngadap buku je kejenye .. tapi exam x gempak mane pown .. asal  eah ??"

"nk kate ko pown trgolong dlam budak baek la neyh ?? hehehe.."

"aq tak de la baek sgt .. tapi exam aq tak de lah teruk sgt .. tengah2 gitu lorh .. hehehe"



Kemiskinan , kesengsaraan , kesakitan , kegagalan hatta kejayaan juga adalah satu ujian dari Allah s.w.t.Allah ingin menguji setiap hambanya untuk melihat sama ada hamba-hambanya ini bersyukur padaNYa atau hanya menyalahkan takdir semata-mata.


Jika kita memperoleh sesuatu kelebihan atau kejayaan jaganlah terlampau cepat untuk berbangga.Kerana boleh jadi suatu kelebihan atau kejayaan yg kita peroleh itu adalah satu istidraj.


                                           *          *             *              *

"kau ingat tak yg ustazah azlina bagitau kt kita pasal istidraj uh ??"

"er.. sory la kwn .. aq neyh alilmu fil kutub la fi sudur .. heh!tak ingat la ..apa istidraj uh ??"

"hmm.. kau neyh .. x pe la biar aq je yg explain .. istidraj neyh ialah sesuatu kelebihan yg Allah berikan kepada seseorg untuk menyesatkan lagi seseorg itu .."

"erm .. erm .. pas 2 ??"

"pas 2 .. emm pas 2 apa eah ?? ntah !"

"aiseymen dia neyh kene kick ngn aq kang baru tau .."

"ok la.. mcm neyh ..setiap kejayaan yg kita peroleh itu haruslah kita kembalikan kepada Allah kerana tanpa keberkatan dariNYA kita tidak akan mudah untuk mendapatkn sesuatu .. "


                                                *        *            *            *            *



Kebanyakan manusia pada hari ini sanggup berjaga malam pada hari peperiksaan mereka demi membaca buku disaat-saat akhir tanpa ada sedikit kesadaran didalam hati mereka untuk mendahulukan Allah sebagai pencipta mereka terlebih dahulu.Bagi mereka, masa yg ada harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi menelaah subjek-subjek untuk ujian duniawi mereka itu .


Bukan niat diri untuk melarang berusaha.Tapi sungguh indah jika usaha itu diiringi dengan keberkatan dan pimpinan dari Allah.







Lagi indah apabila tujuan kita menduduki peperiksaan tersebut demi menjulang agama Allah.Allahhuakhbar .. pasti nabi MUHAMMAD bangga untuk mengaku kita sebagai umatnya.


"SALAH SATU TANDA KEJAYAAN DIAKHIR PERJALANAN AdALAH KEMBALI KEPADA ALLAH DIAWAL PERJALANAN"
Apakah maksudnya????

Bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah , terdapat permulaan atau bidayah dan terdapat juga akhiran atau nihayah . Permulaan bagi seseorang yang mencari keredhaan Allah adalah langkahnya menjalani kehidupan,dan pengakhirannya adalah ketibaannya di hadapan Allah.

Apabila sejak awal langkahnya memulakan perjalanan,orang itu sudah benar-benar kembali kepada Allah,maka peluang kejayaannya untuk sampai kepada keredhaan Allah sangat besar.
Ini adalah kerana Allah pasti menolongnya sejak dari pertama kali dia memulakan langkahnya.Allah akan menjaganya agar tidak terputus perjalanannya itu dan jatuh di pertengahan jalan.

Akan tetapi jika di awal langkahnya dia tidak kembali kepada Allah,dia akan terlempar kembali ke tempat dia memulakan perjalanannya,dan dia tidak akan sampai kepada Allah.

Seorang ulama yang hatinya dterangi cahaya Allah mengatakan,'Sesiapa yang menjangka dirinya dapat sampai kepada Allah dengan penghantar selain Allah,maka Allah memutuskan jalannya . 


'Dan barangsiapa yang beribadah dengan berpegang dengan kekuatannya sendiri,maka Allah menyerahkan urusan ibadahnya kepada kekuatannya sendiri,Allah tidak akn menolongnya.'

Jadi, tidak patut sekiranya kita menjadikan alasan peperiksaan , kesibukan , atau apa sahaja sebagai bahan untuk kita menjauh dari Allah.

Sedangkan, Allah akan membantu hamba-hamba yang mendekat kepadaNYA dalam setiap urusan mereka.Latihlah diri untuk terus berhubung dengan Allah . Berhubung dengan kekasih bagi setiap makhluk dimuka bumi ini .
Kekasih yang tidak mendatangkan kerugian .. bahkan mendtangkan keuntungan baik didunia mahupun akhirat . InsyaAllah..








Read more...

Thursday, 11 August 2011

SENTUHAN CINTA





Saat Allah s.w.t mencintai seseorang , tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka , kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih.



Hati kita seeloknya selalu berbisik ' AKU TAhU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAiTU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKu'





Rabbi,jadikan hati kami berlabuh di persada rahmatMU , mendamba kasih yg tidak berpenghujung, mengutip sayang dihamparan cinta suci .


Mengharap mardhotillah , merindu syahid fisabilillah.Inilah getaran hati memburu cinta , stanza qolbi merindu ILAHI..


Tabahkanlah hati-hati kami untuk berjuang , menolong agamaMU .Jadikan kami insan yang terpilih untuk setia disisiMU dan terhimpun dalam golongan yang kau cintai ..













Read more...

Sunday, 7 August 2011

Berikan Aku Peta Kehidupan Itu !


Sering kali aku terdengar keluhan sahabat-sahabat yang menjalankan misi dakwah ini.

Sungguh ! sungguh lelah mereka melihat kelakuan-kelakuan saudaranya dimuka bumi ini.Mereka beraksi seolah-olah dunia akan utuh buat selama-lamanya.

Lantaran itu,ayuhlah kita sama-sama mmemegang tangan mereka.Pimpin mereka pulang ke jalan yang lurus.Walaupun kita terpaksa melalui denai-denai yang bakal mengundang luka kecil dalam kembara dakwah ini.

Hanya luka kecil sahabat.Yang mana mempunyai penawar yang sangat kita idam-idamkan selama ini.Bukan hanya kita yang mengidamkannya bahkan saudara-saudara kita yang lain juga mengiinginkannya.


Cuma,saudara kita itu tersilap dalam mengatur langkah , tersalah membaca peta kehidupan yang dijumpai. Tapi aku yakin,pasti mereka ada kesedaran untuk melakukan perubahan itu !



Jadi,janganlah kita lelah untuk mengajak mereka kearah itu.Terus hulurkan tanganmu .. hulurkanlah disaat mereka sedang buntu,disaat mereka keliru.

Jika kalian lelah,siapa lagi yang bisa membawa mereka ?? siapakah yang peduli dengan mereka ??


Jangan biarkan hidup saudaramu terumbang ambing dek keliru jalan yang manakah harus mereka lalui .



Kuatlah sahabat dalam mengharungi karenah-karenah mereka.Bimbinglah saudara-saudramu itu dengan caramu sendiri.

Sudah menjadi lumrah jika kita tersadung,terjatuh dan rebah . Tapi,bangkitlah kembali duhai temanku.Teruskanlah langkahmu itu.Walaupun kau terpaksa bertatih,kalian terpaksa merangkak sekalipun dalam meneruskan perjuangan ini . Lakukanlah !



Yakinlah dengan janji Allah . Yakinlah dengan khabar gembira yang telah Allah nyatakan dalam kitab suciNYA.

Allah tidak memandang remeh dengan usaha yang telah hamba-hambanya lakukan . percayalah !



SELAMAT BERMUJAHADAH SAHABAT ...











Read more...

Saturday, 6 August 2011

bangkitlah pemuda islam ..

Setiap ummat islam pasti sangat-sangat menantikan kebangkitan islam serta kegemilangannya yang pernah menjulang suatu ketika dahulu.

      Ingatlah janji Allah bahawa Islam akan tertegak diakhir hayat dunia ini.

Ingatlah juga wahai remaja islam bahawa sejarah pasti akan berulang!

      Pasti kegemilangan Salehudin Al-ayubi akan berlaku lagi ..
      Pasti keberanian Sultan Muhammad Al-fateh akan muncul ..
      Pasti semangat syahid Khalid Al-walid akan mekar !





Tapi,berapa lama lagikah kita harus menunggu ?? Apakah  itu yang memang kita harus lakukan sebagai remaja islam ?? Menunggu dan terus menunggu ??

Tidak wahai mujahid ! tidak wahai mujahidah !

Mengapa harus kita yang menunggu ?? sedangkan memang kitalah yang harus merealisasikan sejarah itu !

Layakkah  aku ??

Allah tidak menetapkan siapakah yang layak untuk berjuang keranaNYA.Yang pasti , jika kalian benar-benar berjuang  keranaNYA . Allah akan menghantar bala tenteranya sebagai benteng 
kekuatan dirimu !


Mulakan dengan melakukan perubahan seikhlas hati yang lahir dari lubuk hati yang dalam sedalam mutiara didasar lautan.

Jika hatimu sudah terdetik untuk berubah , teruskan mengorak langkah wahai para mujahid . Janganlah kalian nantikan waktu yang kalian rasakan 'sesuai'.Kerana syaitan pasti akan bertindak dengan pantas untuk menjerumuskan kalian dalam kesesatan yang nyata !

Allah pasti melimpahkan sebanyak mungkin rahmatNYA jika kalian bersatu untuk melakukan perubahan demi agamaNYA.

Jikalau kalian bersatu untuk mencapai matlamat itu .. pasti sahabat ! pasti terjadi !

Sedarkah kalian dengan tipu muslihat dan perangkap yang dicipta oleh kaum kafir dan yahudi ??
Tidakkah kalian fikir..untuk apa mereka berpenat lelah merancang semua itu ??

Ya ..! benar sahabat .. mereka melakukan itu untuk menghancurkan kalian .. menghancurkan insan rabbani yang ditunggu-tunggu oleh Allah s.w.t.

Heh! sungguh bijak mereka!mereka menghancurkan dirimu dengan pelbagai aktiviti dunia yang kalian rasa beroleh ketenangan melaluinya .. benarkah ?? benarkah kalian menemui ktenangan itu ??



Bangkitlah wahai mujahid ! bangkit !

Buktikan pada mereka yang kalian tidak sebodoh yang mereka sangkakan !
    Buktikan pada mereka yang kalian tidak mudah diperdayakan oleh tipu muslihat yang mereka ciptakan !

Bangkitlah wahai pemuda , jadikanlah dirimu  sebagai seorang yang mengibarkan panji-panji islam disaat tertegaknya kegemilangan Islam itu .

Tidakkah kalian hidu bau haruman syahid ?? syahid yang mana Allah janjikan syurga didalamnya.

  Ayuhlah kita sama-sama bangkit dari lubuk yang hitam dalam kehidpan kita.Tranformasikanlah dirimu wahai pemuda ISLAM.   






Read more...

Wednesday, 3 August 2011

siapakah bakal bergelar juara ??



Diantara dua,yg manakah bakal mengondol gelaran juara dalam pertandingan perlumbaan kehidupan yang dijalankan sejak penciptaan roh dan penamatnya akan berlaku bila-bila masa mengikut kehendak pengadil dalam pertandingan kehidupan ini. yang kononnya perjalannya panjang dan masih banyak waktu lagi untuk menjalaninya.

DUNIA ATAU AKHIRAT ???

Pada zaman yang kononnya zaman moden ini umat manusia atau lebih dikenali sebagai hamba Allah ini lebih cenderung memikirkan bagaimanakah caranya mereka dapat mengaut keuntungan yang ada pada bumi ini tanpa memikirkan tentang bekalan apa yang akan mereka bawa nanti untuk ekspedisi mereka menuju alam akhirat.Walau hanya sekelumit,tidak ada ruang dibahagian otak merekauntuk memikirkannya.



Buktinya,manusia zaman kini sering berlumba untuk mendapatkan sehelai kertas yang bernama 'sijil' tanpa menghiraukan tentang akhirat mereka walaupun secebis!

Jika dipandang dari sudut yang lain,perkataan sijil itu sendiri menyamai dengan nama sebuah neraka iaitu 'NERAKA SIJJIL'.

Benar,semua itu ialah ilmu Allah.. persoalannya, sejauh mana ilmu Allah itu digunakan untuk  mengingati Allah kembali ??

Kebejatan akhlak remaja masa kini menunjukkan lagi bahawa akhirat telah dibelakangkan oleh mereka sama sekali!

Jadi, alangkah indahnya jika siswa dan siswi menitik beratkan hal ukhrawi mereka dalam mereka sibuk berjuang demi sehelai kertas ini.



Tak rugi apa-apa pun!

Memetik sebuah kata-kata sahabat ..

JIHAD IS NO.1 BUT ACADEMIK NOT NO.2!!


Ibu bapa juga tidak kurang hebatnya membangga diri apabila anak-anak mereka mendapat 'sijil PHD' sedangkan Perasaan Hasad Dengki bermaharajalela ditaman hati.

Sifat yang sudah menjadi lumrah dikalangan manusia.Apabila berkumpul ...

Anak saya ada sijil itu ..
Anak saya ada sijil ini ..
Anak saya gaji banyak ini ..
Bla .. bla .. bla ..

Bila mana anak-anak mereka melakukan sesuatu yang agak memalukan ..

Eeee.. anak sapa la tu ??!
Eh, tu bukan anak saya .. salah orang tu ..

**********ummat akhir zaman *******

Bagaimana pula dengan mereka yang cenderung dalam menuntut ilmu tanpa sijil ini ??

ya!tepat sekali jawapan anda !

Mereka akan dipandang serong ..
dipandang enteng ..
Dipandang senget ..

Dan segala pandangan yang negatif dari mereka-mereka yang mengelar diri mereka sbagai insan yang up to date and open minded bakal menjadi santapan mereka dalam mejamu selera dimedan dakwah yg penuh berliku ini.

Bagi mereka yg mengamalkan sistem kehidupan up to date ini memandng mereka-mereka yg berjuang dimedan dakwah ini sebagai seorang yang

Ketinggalan zaman ..
Susah untuk mendapat kerja dengan gaji yang besar ..
Dan juga dipandang sebagai seorang yang tidak mempunyai masa depan !

Tetapi,sejauh manakah kebenaran yang dilemparkan oleh mereka itu ??

Nah! dunia kini telah membuktikan bahawa segala peraturan dan polisi yang telah ditetapkan oleh syariat islam sangat berguna didalam sesebuah negara .

Sistem perbankan dunia sekalipun mengakui bahawa mereka akan menggunakan sistem perbankan islam dalam pengurusan mereka.

Namun bagaimana pula mereka mahu mengelelokan sistem tersebut tanpa bijak pandai dari kalangan mereka yg mandalami ilmu itu sendiri??

Adakah mereka akan menghantar seorang wakil untuk belajar selama 4tahun untuk mendalami ilmu islam ini ??

Adakah mempelajari ilmu yang telah ditetapkan Allah itu semudah mempelajari ABC dan 123??

Sedangkan para ulama' islam sahaja mempelajari sesuatu ilmu yang dikuasai oleh mereka selama bertahun-tahun dan juga sepanjang hayat mereka .

Adakah dapat seseorang itu menguasai sesuatu ilmu yg baru dengan hanya beberapa tahun sahaja??

Tetapi itulah dia sistem yang diperkenalkan oleh orang kafir dalam institusi-institusi pengajian tinggi dinegara kita.

Mereka telah meletakkan had dalam menuntut ilmu seperti diploma 3tahun,master 4tahun dan seterusnya.Apabila sesorang sudah mencapai tahap pelajaran yang tinggi seperti master atau PHD,mereka akan berfikir bahawa mereka sudah kaya dengan ilmu pengetahuan.Dan fikiran yang seterusnya bagi mereka-mereka ini ialah bagaimana pula caranya untuk mereka mendapatkan pekrjaan dengan tahap ilmu mereka tanpa berfikir dimana lagi mereka boleh menuntut ilmu .Sedangkan agama islam menuntut ummatnya supaya menuntut ilmu hingga ke liang lahad.

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad:


TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD

 
Secara rasionalnya,patutkah manusia kini meletakkan agama sebagai carta yang paling bawah dalam kehidupan mereka ??

Hakikatnya,agama dan kehidupan tidak dapat tidak untuk kita pisahkan ...



Tentukanlah jalan hidupmu ...





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...