Setiap ummat islam pasti sangat-sangat menantikan kebangkitan islam serta kegemilangannya yang pernah menjulang suatu ketika dahulu.
Ingatlah janji Allah bahawa Islam akan tertegak diakhir hayat dunia ini.
Ingatlah juga wahai remaja islam bahawa sejarah pasti akan berulang!
Pasti kegemilangan Salehudin Al-ayubi akan berlaku lagi ..
Pasti keberanian Sultan Muhammad Al-fateh akan muncul ..
Pasti semangat syahid Khalid Al-walid akan mekar !
Tapi,berapa lama lagikah kita harus menunggu ?? Apakah itu yang memang kita harus lakukan sebagai remaja islam ?? Menunggu dan terus menunggu ??
Tidak wahai mujahid ! tidak wahai mujahidah !
Mengapa harus kita yang menunggu ?? sedangkan memang kitalah yang harus merealisasikan sejarah itu !
Layakkah aku ??
Allah tidak menetapkan siapakah yang layak untuk berjuang keranaNYA.Yang pasti , jika kalian benar-benar berjuang keranaNYA . Allah akan menghantar bala tenteranya sebagai benteng
kekuatan dirimu !
Mulakan dengan melakukan perubahan seikhlas hati yang lahir dari lubuk hati yang dalam sedalam mutiara didasar lautan.
Jika hatimu sudah terdetik untuk berubah , teruskan mengorak langkah wahai para mujahid . Janganlah kalian nantikan waktu yang kalian rasakan 'sesuai'.Kerana syaitan pasti akan bertindak dengan pantas untuk menjerumuskan kalian dalam kesesatan yang nyata !
Allah pasti melimpahkan sebanyak mungkin rahmatNYA jika kalian bersatu untuk melakukan perubahan demi agamaNYA.
Jikalau kalian bersatu untuk mencapai matlamat itu .. pasti sahabat ! pasti terjadi !
Allah pasti melimpahkan sebanyak mungkin rahmatNYA jika kalian bersatu untuk melakukan perubahan demi agamaNYA.
Jikalau kalian bersatu untuk mencapai matlamat itu .. pasti sahabat ! pasti terjadi !
Sedarkah kalian dengan tipu muslihat dan perangkap yang dicipta oleh kaum kafir dan yahudi ??
Tidakkah kalian fikir..untuk apa mereka berpenat lelah merancang semua itu ??
Ya ..! benar sahabat .. mereka melakukan itu untuk menghancurkan kalian .. menghancurkan insan rabbani yang ditunggu-tunggu oleh Allah s.w.t.
Heh! sungguh bijak mereka!mereka menghancurkan dirimu dengan pelbagai aktiviti dunia yang kalian rasa beroleh ketenangan melaluinya .. benarkah ?? benarkah kalian menemui ktenangan itu ??
Heh! sungguh bijak mereka!mereka menghancurkan dirimu dengan pelbagai aktiviti dunia yang kalian rasa beroleh ketenangan melaluinya .. benarkah ?? benarkah kalian menemui ktenangan itu ??
Bangkitlah wahai mujahid ! bangkit !
Buktikan pada mereka yang kalian tidak sebodoh yang mereka sangkakan !
Buktikan pada mereka yang kalian tidak mudah diperdayakan oleh tipu muslihat yang mereka ciptakan !
Bangkitlah wahai pemuda , jadikanlah dirimu sebagai seorang yang mengibarkan panji-panji islam disaat tertegaknya kegemilangan Islam itu .
Tidakkah kalian hidu bau haruman syahid ?? syahid yang mana Allah janjikan syurga didalamnya.
Ayuhlah kita sama-sama bangkit dari lubuk yang hitam dalam kehidpan kita.Tranformasikanlah dirimu wahai pemuda ISLAM.
No comments:
Post a Comment