Monday 1 August 2011

Negara impian ..

Didalam sebuah bandar ..



Berhenti sebuah kereta yg agak mewah ditepi jalan disebuah bandar yang agak bersih.
pintu kereta terbuka dan keluar seorang leaki berumur dengan  memakai kot lengkap dengan tali leher sambil menghisap rokok.


Sambil mendogak kelangit dia melihat bangunan2 pencakar langit yg ada dihadapannya.
Lantas,dengan bangga dia berkata


'hmm .. besar juga syarikat aku ni kalau nak dibandingkan dengan syarikat orang lain' sambil membaling puntung rokok ke sudut tepi dibandar tersebut.






Tiba-tiba datang sebuah kenderaan berhenti dihadapannya.Terdetik di hati lelaki itu


'Siapa tu??kereta macam kereta peronda.Tapi kenapa berhenti kat sini ??Aku ada buat salah ke??rasa macam tak ..'

Lalu,keluar dua orang lelaki dengan memakai jubah dan serban dikepala.Dengan wajah yang penuh bercahaya dua lelaki itu menghampiri lelaki berumur tadi lantas berkata



'Assalamualaikum pak cik ..'

'siapa korang ni??apesal pakai baju macam tu ??datang dari kampung mana ni??pakai pakaian kuno ..'

'Hehe..kuno?pakaian siapa yg kuno pak cik ?Kami ke pak cik ??Pakaian pak cik tu pakaian yg telah berabad lamanya yg telah diguna oleh datuk moyang kami yg terdahulu ..'

'kau merepek apa ni??aku baru beli dari france tau??'

'Hmm..kalau pak cik tak percaya..cuba tengok orang kt bandar ni.Mereka semua berpakaian seperti kami .. pak cik seorang saja yang ganjil'

Dengan pantas lelaki berumur itu memusingkan kepalanya melihat apa yang diperkatakan oleh pemuda tersebut.Ya,memang benar!dia seorang saja yg berpakaian seperti itu .Bagaimana dia boleh tidak perasan tentang itu??


'Sudahlah pak cik .. kedatangan kami ke sini kerana ingin menasihati pak ciktentang kesalahan yang telah pak cik lakukan dibandar kami'

'Kau nk nasihat apa pulak kt aku ??Aku buat salah apa?'

'Kesalahan yang pak cik lakukan ialah pak cik telah membuang puntung rokok dibandar ini.Dan kami juga akan memberi denda atas kesalahan pakcik itu.'


'La..aku buang puntung rokok je .. tak jejas pemandangan pun..'

'Memang tak menjejaskan pemandangan pak cik .. tapi dibandar ini mengamalkan sunnah nabi .Pak cik tak nampak papan tanda didepan tu ??'


Sekali lagi dia menoleh kearah yang ditunjukkan..



النَّظَافَةُ مِنَ الْإِيْمَانْ
Kebersihan itu separuh daripada iman




Pemuda itu berkata lagi

'Jika kami tidak mengambil tindakan keatas pak cik,rakyat yang lain akan meniru perbuatan pak cik ni'


'Ok!apa tindakan yang korang akan lakukan keatas aku ??Nak suruh aku bayar saman berapa ratus ??'




'oh,sistem saman dan membayar saman yang diwujudkan oleh moyang kami yang berabad lamanya itu sudah tidak diguna pakai dibandar ini.'

'Dahh tu,korang nak suroh aku buat apa ??'

'denda yang dikenakann keatas pak cik ialah pak cik hendaklah berzikir 300x dihadapan kami'

'Haa??zikir sebanyak 300??!eah,pelik la denda korang ni . kalau korang nak suruh aku bayar korang cakap je la .. aku boleh bagi berapa yang korang nak.cakap je nak berapa'


'Pak cik kami menjalankan perintah yang telah diamanahkan .Jadi isu duit dan wang tidak timbul disini.kami hanya meminta pakcik melaksanakan denda yang telah diberikan kepada pakcik iaitu berzikir dihadapan kami sebanyak 300x ituu sahaja'


'Baik!aku tak nak lah bertekak dengan korang .Bazir air liur aku je.Tapi,zikir tu apa??'

'Astagfirullah .. pak cik tak tau nak berzikir ??'

Dengan angkuh lelaki tua itu berkata

'Tak!'



'Pak cik hanya perlu menyebut subhanallah walhamdulillah Allahuakhbar sebanyak 300x sahaja'

Pak cik itu pun melakukan apa yang telah disuruh dan diajarkan oleh pemuda tadi.Dengan lidah yg pelat pak cik itu berzikir sambil dibetulkan oleh pemuda tadi.

setelah selesai,pemuda itu berkata

'terima kasih pak cik kerana telah memberi kerjasama kepada kami.selepas ini kami harap pak cik tidak melakukan kesilapan yg sama'

Sebelum beredar,pemuda trsebut mengambil puntung yg berada disudut jalan itu lalu membuangnya ke dalam tong sampah  yg berdekatan.Setelah itu mereka pun beredar meninggalkan pak cik itu keseorangan.


Adakah kehidupan diatas bisa terjadi dinegara kita ??Sungguh indah jika zaman seperti itu dapat dijangkau.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...