Engatkah kau akan janji kita ??
Janji untuk berjuang bersama-sama ..
Berpimpinan tangan menuju ke menara impian ..
Engat kah ??
Kita pernah berjanji untuk ke menara gading itu ..
Kau dan aku .. kita pergi bersama ..
Tapi , apakan daya .. takdir Allah telah menentukan segalanya ..
Kau terpisah jauh dariku .. Menuntut di bumi Allah yang sangat luas ..
Ya .. kita terpisah ..
Hanya doa yang bisa aku kirimkan disaat aku mengingati kamu ..
Terpaksa aku merelakan langkah kakimu bergerak pergi berjuang demi menuntut ilmu Allah itu
Kerana kita bertemu kerana Allah , Jua berpisah keranaNYA ..
Moga suatu hari nanti kita kan bertemu kembali
Merungkai rindu di sanubari
Moga kau baik-baik saja disana
Teruskan perjuanganmu walaupun ianya pahit
Hakikat perjuangan .. pahit rasanya ..
Memerlukan sedikit pengorbanan ~tidak dinamakan perjuangan jika tidak disusuli dengan sedikit pengorbanan~
Tabahlah kau dalam menghadapinya ..
Hidup itu kembarnya ujian
Datang dan datang tanpa perhentian
Hanya dengan keimanan
Kau mampu bertahan
Jangan kau jatuh hari ini
Kerana hanya selepas mati
Baru ujian terhenti ..
No comments:
Post a Comment