Friday, 8 June 2012

Persahabatan Berpaksikan Keimanan








“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti -Pakar Diari Hati-

Apa itu erti sahabat ??
Ya .. mungkin bagi kalian sahabat itu sama seperti teman , kawan.. tidak ada bezanya .. Mereka itu sama sahaja semuanya tidak ada yang berbeza . Mungkin berbeza dari segi ejaan dan sebutan .
Jika makna itu yang sedang bermain di dalam fikiran kalian , kalian silap !

Siapa SAHABAT itu sebenarnya ..???
Sahabat ialah orang yang sentiasa berada disisi kita dikala hati kita sedang kegembiraan atau kesedihan .
Sahabat ialah yang selalu memberi kekuatan disaat kita melemah .
Sahabat sentiasa menegur apa yang salah dan sering membawa sahabatnya ke jalan kebaikan ..
Ya .. itulah dia yang dinamakan PERSAHABATAN BERPAKSIKAN KEIMANAN ~ sentiasa membawa sahabatnya kejalan kebenaran .
Mungkin kita tidak menyedari kewujudannya . Kerana sahabat  itu datangnya tanpa seruan ..




Persahabatan Berpaksikan Keimanan akan menghasilkan satu ikatan yang luar biasa .

Kerana iman itu sendiri memainkan peranan dalam menjaga nafsu kita . Mencegah kita daripada

 melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah . Iman juga sering membimbing kita melakukan 

kebaikan .

Nah! jika persahabatan itu diselubungi keimanan nescaya kemanisan dalam persahabatan itu pasti 

dapat kita rasai .

Pasti , apabila tersemai nya ikatan itu kita akan mengharungi segala kesusahan dengan kemanisan .

Tidak akan merasakan segala sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang pahit untuk ditelan dalam 

mengharungi samudera kehidupan dengan adanya sahabat disisi .

Biarpun sahabat itu jauh dari pandangan, kita akan tetap merasa kemanisan saat bersama dengannya. 

Ada seorang bijak pandai berkata kepada anaknya :“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, &  BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
SAHABAT”.
~JAGALAHSAHABATKAMU~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...