Hmm .. entry kali ni ..mengenai umat islam yang lebih dikenali sebagai 'SAUDARA KITA'..
Asalnye aq pun tak tahu sangat mengenai mereka .. sehinggalah ade seorang hamba Allah ni suruh aq bace mengenai kisah Rohingya ni ..
Waktu yang padat digunakan untuk 'Study Last Minute' menyebabkan aq tidak mempunyai kesempatan mencari cerita mengenai mereka ini . Musim final exam la katekan .. Jadi, sementara ade waktu senggang ni aq nak kongsi skit la ngn kamu-kamu sume ni .. Tak kisah la yang dah sedia maklum atau x maklum2 lagi ..
Aq nk kongsi gak ..
Gambar diatas menunjukkan jenazah2 saudara kita yang teraniaya ..
"eh2, citer pasal ap ni ?? aq x paham lar .. ce explain , ce explain .."
"aiseymen .. sabor la yop! "
ha .. aq nk cter ni .. tapi sebelum tu , CUBE TENGOK NI ...
Dah tengok dah ??? haaaaa .. begitu lah ceritanya yang aq cube nak sampaikan ..
Hehe .. maap2 .. aq x reti nk olah cerita ni .. aq bagi je la link orang yang lebih mengetahui mengenai mereka ..
Sory la klu aq agak ketinggalan tuk tahu pasal saudara kite ni .. Allah , Allah , .. Selamatkan saudara2 ku ya Allah ..
Ni pun aq nak share gak .. From :UPM STUDENT
Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..? - A. Gafar Mahdi
(mengenang nasib derita keganasan terhadap etnik Rohingya Muslim di Myanmar)
Sudah bertahun lama
di wilayah barat Burma
derita dan sengsara dirasa
bangsa yang sekelumit cuma
menjadi mangsa yang diperkosa
menjadi hamba yang dipaksa
di era dunia tanpa ehsan rasa
semuanya binasa.
Ke mana hala?
Pergi membawa diri
yang terasing di bumi sendiri
menangis sedih pada hak yang dinafi
Di tanah Arakan ini
tiada siapa peduli
tiada siapa mengerti
duka dan luka yang dilalui
peritnya pedih tak pulih, tercalar lagi.
Ke mana hala?
Timur, selatan, barat atau utara
Di atas gelombang samudera
Hanyut dalam bahtera kecil tiada nakhoda
Kelana bukan kerna kembara
Diri yang dihina tiada berharga
Demi sebutir nasi untuk dijamah keluarga
Demi setitis air untuk diteguk bersama
melangkah jejak di batasan negara
Siapa yang akan terima?
Ke mana hala?
Di mana saudara?
Yang sudi membela
berjuang atas kalimah agama
Tanah negeri ini milik Allah Yang Maha Perkasa
Di atas sempadan mana pun kita tetap saudara
Seaqidah bersama
kerna cinta pada-Nya Yang Maha Esa.
14 Jun 2012
Universiti Putra Malaysia
Serdang.
(mengenang nasib derita keganasan terhadap etnik Rohingya Muslim di Myanmar)
Sudah bertahun lama
di wilayah barat Burma
derita dan sengsara dirasa
bangsa yang sekelumit cuma
menjadi mangsa yang diperkosa
menjadi hamba yang dipaksa
di era dunia tanpa ehsan rasa
semuanya binasa.
Ke mana hala?
Pergi membawa diri
yang terasing di bumi sendiri
menangis sedih pada hak yang dinafi
Di tanah Arakan ini
tiada siapa peduli
tiada siapa mengerti
duka dan luka yang dilalui
peritnya pedih tak pulih, tercalar lagi.
Ke mana hala?
Timur, selatan, barat atau utara
Di atas gelombang samudera
Hanyut dalam bahtera kecil tiada nakhoda
Kelana bukan kerna kembara
Diri yang dihina tiada berharga
Demi sebutir nasi untuk dijamah keluarga
Demi setitis air untuk diteguk bersama
melangkah jejak di batasan negara
Siapa yang akan terima?
Ke mana hala?
Di mana saudara?
Yang sudi membela
berjuang atas kalimah agama
Tanah negeri ini milik Allah Yang Maha Perkasa
Di atas sempadan mana pun kita tetap saudara
Seaqidah bersama
kerna cinta pada-Nya Yang Maha Esa.
14 Jun 2012
Universiti Putra Malaysia
Serdang.
Nak karang sendiri otak tengah tepu nk mikir ni .. hanya share yang mampu ~
Semoga mendapat manfaat dari entry kali ini .. ~
No comments:
Post a Comment