Lama sudah aku menanggung rindu
Wahai cahaya alam yang indah
Serta aku menyeru wahai nabi,
Wahai punca ilmu yang pemurah
Impianku setinggi-tinggi cita-cita
Moga diberi tuah dapat melihatmu
Juga melihat Bab as-Salam (di masjid nabawi)
Wahai sesuci-suci insan
Wahai hiasan dunia ini
Aku amat cinta dan rindu padamu
Hanya pujian menjadi persembahanku
Wahai bulan mengambang penuh
Wahai pelita sekalian Rasul
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan
Wahai imam orang-orang yang bertaqwa
sesungguhnya hatiku terpaut padamu
Keatasmu,moga allah mencurahkan rahmat
Tuhanku yang mempunyai keagungan
Cukuplah,wahai cahaya bulan
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama
Wahai penghuluku,ketahuilah bahawa perjalanan umur terus berlanjutan
Maka sambungilah kembali ikatanku denganmu wahai kekasihku
Wahai pelita sekalian Rasul
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan.
طالما اشكو غرامى يا نور الوجود
ReplyDeletepandai berqosidah ye .. =)
ReplyDeletebuat reti je
ReplyDelete