MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..
Mercun dibakar disana sini
sambil si anak ketawa geli
mendengar si atuk melatah tak henti-henti
ketika solat terawikh sedang didiri
adakah ini patut terjadi ??
Di saat jemaah sedang khusyuk mengadap ilahi
anak sapa la yang nk kene makan kaki ni ??
MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..
Orang beriman sibuk kumpul amalan di malam hari
Demi berjumpa si MALAM yang diberkati
tapi..
kenapa ramai yang cabut lari ??
Disaat terawikh tak habis lagi ??
Alasannya sakit kaki
dah tak boleh berdiri
tapi bab joli ..
tak payah tanya lagi
sakit kaki ke sakit jari ke masih tetap akan berdiri
tak kira kemana mahu pergi
yang penting hati heapy ..
itulah manusia akhir ini
tak sedar diri!
MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..
Semua umat manusia sibuk membuat persiapan diri
Untuk menyambut hari kemenangan yang dinanti
betulkah kemenangan sudah dijari??
tengok tak ada perubahan pun sama sekali ??
Menang apa kalau macam ni
si anak muda sibuk mencari
nasi bungkus yang cantik sekali
untuk dimakan tengahari nanti
tapi kat mana mereka hendak menikmati nasi yang lazat ni??
akhirnya semak samun jugalah tempat yang ditujui
melahap tak ingat duniawi
sekali makan tercekik sampai ke pagi
akhirnya diri datang mengadap ilahi
Alhamdulillah .. ku syukuri ..
Tapi,bukan itu yang terjadi
malah,mereka pula yang excited borong pakaian Aidilfitri
Hatta,songkok juga mereka perbaharui
Tak malu sungguh mereka ini.
MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..
Disuruh bayar zakat sebelum takbir berbunyi
melaksanakan rukun iman yang dh termeteri
tapi,tak juga pergi-pergi
alasannya ada banyak waktu lagi
esok pagi
orang sibuk pergi ke masjid dia sibuk pergi kerumah tok kadi
tok kadi naik heran tahap yang paling tinggi
sejak bila dia tukang kutip zakat ni??
ku sangkakan ada orang nak nikah pagi-pagi
Rupanya orang yang tak ada jati diri
buat orang geram je hari-hari
kene pelangkung dari aku pagi-pagi sedap juga ni
boleh test energy pagi-pagi
sambil melepaskan geram yng terbuku didalam hati.
MENJELANG 10 YANG TERAKHIR ..
Ahli-ahli kubur akan datang menziarahi
rumah si anak yang dikasihi
demi meminta doa dipanjati
Adakah kita sedar akan semua ini ??
sedih sungguh rasa hati
apabila anak yang dicintai
tidak menyedekahkan walaupun sekali
malah mercun dan bunga api yang diberi
Pulanglah ahli tanpa membawa bekalan sama sekali
meratap nasib apa yang bakal terjadi selepas ini
selepas bergema takbir aidilfitri
disaat itu malaikat menyoal diri
apakah jawapan yang akan diberi
bekalan sahaja tidak dipunyai.
Sedarlah muda mudi ..
saudara-saudaramu yang dialam barzakh ini
memohon sedikit bekalan untuk dibawa ke alam satu lagi
semoga dengan sedekahmu itu menjadi bekalan juga seperti kami
semoga Allah merahmati
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..
Maaf zahir batin dipinta oleh diri ..
Read more...