Friday, 15 June 2012

SiaPa ROHINGYA??

Hmm .. entry kali ni ..mengenai umat islam yang lebih dikenali sebagai 'SAUDARA KITA'..
Asalnye aq pun tak tahu sangat mengenai mereka .. sehinggalah ade seorang hamba Allah ni suruh aq bace mengenai kisah Rohingya ni ..
Waktu yang padat digunakan untuk 'Study Last Minute' menyebabkan aq tidak mempunyai kesempatan mencari cerita mengenai mereka ini . Musim final exam la katekan .. Jadi, sementara ade waktu senggang ni aq nak kongsi skit la ngn kamu-kamu sume ni .. Tak kisah la yang dah sedia maklum atau x maklum2 lagi ..
Aq nk kongsi gak ..




Gambar diatas menunjukkan jenazah2 saudara kita yang teraniaya .. 

"eh2, citer pasal ap ni ?? aq x paham lar .. ce explain , ce explain .."

"aiseymen .. sabor la yop! "

ha .. aq nk cter ni .. tapi sebelum tu , CUBE TENGOK NI ... 


Dah tengok dah ??? haaaaa .. begitu lah ceritanya yang aq cube nak sampaikan ..

Hehe .. maap2 .. aq x reti nk olah cerita ni .. aq bagi je la link orang yang lebih mengetahui mengenai mereka ..


Sory la klu aq agak ketinggalan tuk tahu pasal saudara kite ni .. Allah , Allah , .. Selamatkan saudara2 ku ya Allah ..


Ni pun aq nak share gak .. From :UPM STUDENT





Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..? - A. Gafar Mahdi

(mengenang nasib derita keganasan terhadap etnik Rohingya Muslim di Myanmar)



Sudah bertahun lama
di wilayah barat Burma
derita dan sengsara dirasa
bangsa yang sekelumit cuma
menjadi mangsa yang diperkosa
menjadi hamba yang dipaksa
di era dunia tanpa ehsan rasa
semuanya binasa.

Ke mana hala?
Pergi membawa diri
yang terasing di bumi sendiri
menangis sedih pada hak yang dinafi
Di tanah Arakan ini
tiada siapa peduli
tiada siapa mengerti
duka dan luka yang dilalui
peritnya pedih tak pulih, tercalar lagi.

Ke mana hala?
Timur, selatan, barat atau utara
Di atas gelombang samudera
Hanyut dalam bahtera kecil tiada nakhoda
Kelana bukan kerna kembara
Diri yang dihina tiada berharga
Demi sebutir nasi untuk dijamah keluarga
Demi setitis air untuk diteguk bersama
melangkah jejak di batasan negara
Siapa yang akan terima?

Ke mana hala?
Di mana saudara?
Yang sudi membela
berjuang atas kalimah agama
Tanah negeri ini milik Allah Yang Maha Perkasa
Di atas sempadan mana pun kita tetap saudara
Seaqidah bersama
kerna cinta pada-Nya Yang Maha Esa.


14 Jun 2012

Universiti Putra Malaysia
Serdang.




Nak karang sendiri otak tengah tepu nk mikir ni .. hanya share yang mampu ~

Semoga mendapat manfaat dari entry kali ini .. ~


Read more...

Wednesday, 13 June 2012

Janji Antara Kita




Engatkah kau akan janji kita ??
Janji untuk berjuang bersama-sama ..
Berpimpinan tangan menuju ke menara impian ..
Engat kah ??

Kita pernah berjanji untuk ke menara gading itu ..
Kau dan aku .. kita pergi bersama ..
Tapi , apakan daya .. takdir Allah telah menentukan segalanya ..
Kau terpisah jauh dariku .. Menuntut di bumi Allah yang sangat luas ..
Ya .. kita terpisah ..
Hanya doa yang bisa aku kirimkan disaat aku mengingati kamu ..

Terpaksa aku merelakan langkah kakimu bergerak pergi berjuang demi menuntut ilmu Allah itu 
Kerana kita bertemu kerana Allah , Jua berpisah keranaNYA ..
Moga suatu hari nanti kita kan bertemu kembali 
Merungkai rindu di sanubari 





Moga kau baik-baik saja disana 
Teruskan perjuanganmu walaupun ianya pahit 
Hakikat perjuangan .. pahit rasanya ..
Memerlukan sedikit pengorbanan ~tidak dinamakan perjuangan jika tidak disusuli dengan sedikit pengorbanan~
Tabahlah kau dalam menghadapinya ..

Hidup itu kembarnya ujian
Datang dan datang tanpa perhentian
Hanya dengan keimanan
Kau mampu bertahan
Jangan kau jatuh hari ini
Kerana hanya selepas mati
Baru ujian terhenti ..


Read more...

Friday, 8 June 2012

Persahabatan Berpaksikan Keimanan








“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Apa itu erti sahabat ??
Ya .. mungkin bagi kalian sahabat itu sama seperti teman , kawan.. tidak ada bezanya .. Mereka itu sama sahaja semuanya tidak ada yang berbeza . Mungkin berbeza dari segi ejaan dan sebutan .
Jika makna itu yang sedang bermain di dalam fikiran kalian , kalian silap !

Siapa SAHABAT itu sebenarnya ..???
Sahabat ialah orang yang sentiasa berada disisi kita dikala hati kita sedang kegembiraan atau kesedihan .
Sahabat ialah yang selalu memberi kekuatan disaat kita melemah .
Sahabat sentiasa menegur apa yang salah dan sering membawa sahabatnya ke jalan kebaikan ..
Ya .. itulah dia yang dinamakan PERSAHABATAN BERPAKSIKAN KEIMANAN ~ sentiasa membawa sahabatnya kejalan kebenaran .
Mungkin kita tidak menyedari kewujudannya . Kerana sahabat  itu datangnya tanpa seruan ..




Persahabatan Berpaksikan Keimanan akan menghasilkan satu ikatan yang luar biasa .

Kerana iman itu sendiri memainkan peranan dalam menjaga nafsu kita . Mencegah kita daripada

 melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah . Iman juga sering membimbing kita melakukan 

kebaikan .

Nah! jika persahabatan itu diselubungi keimanan nescaya kemanisan dalam persahabatan itu pasti 

dapat kita rasai .

Pasti , apabila tersemai nya ikatan itu kita akan mengharungi segala kesusahan dengan kemanisan .

Tidak akan merasakan segala sesuatu yang buruk itu sebagai sesuatu yang pahit untuk ditelan dalam 

mengharungi samudera kehidupan dengan adanya sahabat disisi .

Biarpun sahabat itu jauh dari pandangan, kita akan tetap merasa kemanisan saat bersama dengannya. 

Ada seorang bijak pandai berkata kepada anaknya :“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut” :

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, &  BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
~JAGALAHSAHABATKAMU~

Read more...

Thursday, 7 June 2012

PaBiLa SaNg PeNa BeRbiCaRa

Ada apa dengan sebatang pena itu ??
ya .. dengannya manusia menulis ..
Dengannya juga manusia meluah rasa ..
Mungkin melalui pena itu terketuk pintu hati manusia ..
Terketuk kerana apa??


Mungkin tersedar dari khilaf ..
Mungkin juga baru tersedar dari kejahilan diri 








Terkadang , pena ini berbicara tentang tinta hati seorang insan 
Terkadang juga dengan pena juga manusia perolehi kejayaan
Yang pasti , pena itu tidak akan berhenti dalam menaburkan khidmatnya ..

Kerana ......

Dengannya manusia temui kebenaran ..
Dengannya juga manusia mengenal keagungan penciptanya
Dengannya juga dua hati bisa berbicara ..


Bila jemari bisa berbicara , pena sedia menaburkan khidmatnya
dikemudi oleh hati yang sarat dengan luahan
dipandu oleh tarian jari yang mengasyikkan
Hingga terhasil lah sehelai warkah .. 
Ya , warkah yang tidak bisa berbicara ..
Ia bisa berbicara melalui terjemahan setiap hati-hati yang membacanya ..
Sama ada mengembirakan,menyedihkan,atau tidak merasakan apa-apa ..
Terserah kepada mereka ...


saje nk iklankan pensil sahabat aq bagi ..~sinergi~
(NAZIFAH HAYANI) =)


Melaluinya juga tertegaknya kalam Allah
Tersebar agamaNya
Tersemai sunnah RasulNYA
Begitulah ..PABILA SANG PENA BERBICARA~

-finalexambittufiqwannajahfikullusohabah-









Read more...

Tuesday, 5 June 2012

LaMa SuDaH Aku MeNaNgGuNg RiNdU TeRHaDaPMu





Lama sudah aku menanggung rindu 
Wahai cahaya alam yang indah
Serta aku menyeru wahai nabi,
Wahai punca ilmu yang pemurah


                        Impianku setinggi-tinggi cita-cita
                        Moga diberi tuah dapat melihatmu
                        Juga melihat Bab as-Salam (di masjid nabawi)
                        Wahai sesuci-suci insan 


Wahai hiasan dunia ini
Aku amat cinta dan rindu padamu
Hanya pujian menjadi persembahanku
Wahai bulan mengambang penuh




Wahai pelita sekalian Rasul
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan
Wahai imam orang-orang yang bertaqwa
sesungguhnya hatiku terpaut padamu


Keatasmu,moga allah mencurahkan rahmat
Tuhanku yang mempunyai keagungan
Cukuplah,wahai cahaya bulan
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama

Wahai penghuluku,ketahuilah bahawa perjalanan umur terus berlanjutan
Maka sambungilah kembali ikatanku denganmu wahai kekasihku
Wahai pelita sekalian Rasul
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan.









Read more...

Sunday, 20 May 2012

Apa Khabar Jodohku ??




Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.









Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.





Read more...

Friday, 4 May 2012

Tahukah Kau

Sedutan episod seterusnya ..

Dari kisah sebelum ini .. siapakah engkau



'Ahmad bin Almutsanna,' beritahunya.'Aku telah diberi Allah Maha Agung kurnia yang amat luas,tidak pernah Dia menyekatiku dalam pemberianNya,dan harta kekayaanku sangat banyak hingga tidak terkira banyaknya,' tambahnya lagi.

      Dia berhenti sebentar.Kemudian meyambung lagi,katanya 'Seketika aku sedang nyenyak dalam tidurku tadi,tiba-tiba aku mendengar suatu suara yang sudah pasti datangnya daripada tuhanku yang telah memberikan kurniaNYa yang banyak kepadaku.Katanya : Wahai Ahmad!mahukah engkau berniaga dengan aku?!'


     'Aku pun terus tersedar dari tidurku,'Jelas Ahmad bin Almutsanna dan terus berkata pada diriku sendiri, 'Siapa lagi yang patut aku berniaga dengannya selain Engkau!'

      Kemudian aku terdengar lagi suara itu,dan kali ini aku sedar.Katanya : 'Bawa wang sebanyak 40 ribu dirham sekarang juga,dan sampaikannya kepada Tuan Syaikh Sariy Saqathy,dan mintalah kepadanya supaya menebus jariah yang bernama Bid'ah dari belenggu tuan punyanya agar ia terlepas dari rantai perhambaan dan menjadi seorang wanita yang merdeka! Inilah dia 40  ribu dirham itu,sila terimanya dengan selamat!'









Berkata Sariy Saqathy seterusnya : 
   Aku pun terus tunduk sujud kepada Allah Ta'ala menandakan syukurku ke atas nikmat pemberianNya yang tidak terduga itu.
   Esoknya aku memimpin tangan tangan Ahmad bin Almutsanna,dan kami pun berjalan bersama-sama menuju ke Maristan.Aku lihat penjaga jariah itu melihat kanan dan kiri mencari sesuatu,dan apabila dia melihat kami datang,ia terus menyambut dan berkata:'Mari segera lihat jariah itu kerana ia kelihatan sudah tidak sabar lagi menunggu.Dan yang ganjilnya,dia begitu yakin bahawa engkau akan membawa wang tebusan itu.Kalau lah benar,maka sudah tentulah jariah itu mempunyai darjat dan kedudukan di sisi Allah Ta'ala,' sambung pengawal itu.


Kami bergegas masuk ketempat jariah itu,dan begitu dia melihat kami datang,dia pun bermadah syairnya begini:

Aku terus cuba sabarkan diriku
Hingga tidak tertahan kerana menanggung kecintaanMu
Aku terus menyimpan rindu kepadaMu 
Tapi andainya memang engkau sudah meredhaiku
Aku tidak peduli sepanjang mana aku tetap menunggu
Engkaulah tempat kesenanganku
Tempat pengaduanku dan permohonanku
Siapa lagi yang mampu mematahkan rantai perhambaan ini?
Siapa lagi yang dapat menebus diriku dari penawanan ini?
Kalau bukan engkau ,duhai Tuhanku!
Kerana hanya Engakau sajalah yang bakal menghapuskan kesusahanku!


         Sedang jariahh itu melagukan syairnya,maka datanglah pula tuan empunya jariah itu menangis teresak-esak.
'Sudahlah!janganlah engkau menangis lagi,'kata Sariy Saqathy kepadanya.'Aku telah bawa bersamaku kini harga jariah itu dan aku akan berikan engkau untung sebanyak 5,000 drham supaya engkau tidak menyesal,' tambah Sariy Saqathy lagi.

        'Tidak!Aku tidak mau itu,' jawabnya dengan tangisan yang hiba.
        'Kalau begitu,biarlah aku berikan engkau keuntungan 10,000 dirham,'pujuk Sariy Saqathy kepadanya.
        'Tidak!'katanya lagi dengan tangisan.
'Baiklah,engkau memang sudah sebutkan dulu yang engkau hendakkan keuntungan berganda.Aku berikan engkau 20,000 dirham untung!'pujuk Sariy Saqathy.
'Tidak!bukan begitu maksudku.Demi Allah,jika kau berikan aku keuntungan seisi dunia ini sebagai harganya,aku tetap tidak akan menerimanya.Aku hanya hendak menyatakan kepadamu,bahawa aku telah bebaskan jariahku ini menjadi hamba kepadaku,bahkan ia adalah merdeka kerana Allah,' tuan punya jariah itu menjelaskan dengan penuh sedih sekali.Dia terus menangis lagi.








            Aku sungguh hairan mendengar ucapan tuan punya jariah itu.Apa yang sudah yang berlaku??
'Tolonglah beritahu aku apa sebabnya,maka engkau dengan tiba-tiba pula membebaskan jariah itu?!'tanya Sariy Saqathy.
            'Ceritanya panjang wahai tuan guru Syaikh Sariy,' jelasnya.
Tuan punya jariah itu terus bercerita pula:
Setelah kita berjanji kelmarin untuk bertemu lagi hari ini,saya pun kembali kerumahku.Pada malamnya saya bermimpi suatu impian yang sangat mengharukan.Saya lihat ada seorang besar datang kepadaku memarahiku serta menengking-nengkingku dalam bicaranya.Dia seolah-olah mahu memukulku,katanya: Orang yang tidak tahu bertimbang rasa.Engkau berani menghina seorang wanita yang wali kepada Allah.Sekali aku hentak kepalamu,baru engkau tahu!

            Saya terus tersedar dari tidurku dalam keadaan takut dan kecut sekali.Tubuhku terketar-ketar,sedang air peluhku memercik keluar.Ketika itu baru aku tersedarkan diriku,bahawa aku sudah berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.Aku rasa dunia ini akan terbalik.Tidak ada gunanya segala harta kekayaanku lagi.Kini aku akan belanjakan segala harta kekayaanku demi untuk mencapai keredhaan Alla,dan aku akan meninggalkan dunia ini dan menuju kejalan Allah,moga-moga Dia akan menerimaku. 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...