Wednesday 17 August 2011

PAKAIAN PURdAH TIDAK ADA DALAM ISLAM ???

Pada akhir-akhir ini telah kedengaran sesetengah pihak dari kalangan orang islam yang mengkritik hukum hijab dan juga yang mengkririk pakaian purdah .

Yakni pakaian baju labuh dengan tutup muka yang dinamakan burqu' atau niqab.Mereka mengatakan bahawa ini bukannya ajaran islam,tetapi muncul dari adat resam sahaja.

Ada pula yang mengatakan bahawa ianya berasal dari kebudayaan - kebudayaan kuno,seperti kebudayaan Ashur (Assayiria) dan Farsi.





Ada yang mengatakan bahawa ianya berasal dari Turki . Pendapat atau anggapan mereka itu ternyatalah tiada benar,bahkan meleset!

Isteri-isteri Rasullullah s.w.a,isteri-isteri para sahabat r.a,dan lain-lain fudlayatun nisa' atau wanita-wanita utama,semuanya memakai pakaian hijab atau apa yang dinamakan purdah itu.

Ada orang yang menggelarkan wanita-wanita yang memakai pakaian menutup seluruh badannya itu dengan gelaran "hantu" "khemah bergerak" "ninja" dan sebagainya .Mereka pada hakikatnya menyedekahkan pahala dan kebaikan-kebaikan mereka kepada orang-orang yang dinista itu .

Sebuah majala inggeris , yang diterbitkann di Hong KOng,pernah pada beberapa tahun yang lalu,memebuat kempen anti-Purdah , dengan mengatakan , diaantara lain-lainnya,bahawa pakaian yang menutup seluruh tubuh termasuk muka itu,akan mengakibatkan si pemakainya akan mudah mendapat penyakit tibi.


Ada pula sesetengah orang islam yang jahil , yang mengatakan bahawa pakaian purdah itu boleh disalahgunakan oleh orang-orang jahat.Oleh itu,tak usahlah wanita-wanita islam memakainya.



Ini adalah satu bantahan yang amat dha'if . Baju kemeja dan seluar pun ada yang dipakai oleh orang-orang jahat,tetapi kenapa masih ramai orang yang memakainya??Motokar pun ada yang disalahgunakan oleh orang-orang jahat , tetapi apakah kita jangan sesekali menaiki motokar ?


Ada pula yang mengatakan bahawa itu adalah pakaian perempuan-perempuann jahat.La haula wala quata illabillah!kalau pun ada perempuan-perempuan jahat yang memakainya,maka yang  harus dicela dan dimomokkan bukanlah pakaian itu,tetapi sifat mereka yang keji dan jahat.

Ada orang yng sembahyang , tetapi perangai mereka masih jahat.Apakah kita harus mencela dan memomkkan sembahyang??Tidak,yang harus kita cela dan momokkan ialah sifat dan perbuatan mereka ynag buruk itu .



Semua dolak-dalik ini adalah lahir dari hawa nafsu,demekian juga sangka-sangkaan yang salah tadi.

Menurut keterangan yang diberikan oleh sesetengah orang tua-tua kita,memang pada suatu masa yang silam,perempuan-perempuan melayu di semenanjung Tanah Melayu pun pernh memakai pakain yang menutup seluruh tubuh mereka.Mereka berkelumbung dengan kain sarung pelekat atau kain sarung batik yang besar yang dinamakan kain sentung.


Apabila mereka berjalan keluar rumah,mereka pun menutupkan muka mereka dengan kain itu,dengan mendedahkan dua biji mata mata sahaja.




Mereka juga mengenali tutup muka yang dinamakan burqu' itu.Burqu' didalam bahasa malaysia dan indonesia disebut sebagai marguk.


Di beberapa tempat ditanah melayu seperti di kampung sungai cincin,gombak , selangor pernah terdapat beberpa orang perempuan yang memakai marguk.Khabarnya,pakaian yang mendedahkan muka dengan selendang lilit dan selendang kecil,atau skarf menjadi popular setelah berkembangnya sekolah-sekolah cara moden di tanah air kita.


Telekung kecil,atau apa yang disebut mini telekung pula hanya menjadi popular sekitar akhir kurun keempat belas Hijriyyah atau tahun-tahun sembilan belas ujuh puluhan masihi.

Mungkin sesetengah atau kebanyakan perempuan kita agak keberatan untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan mereka apabila mereka keluar rumah atau berada ditempat yng boleh dilihat oleh lelaki ajnabi.

Sebabnya,kerana belum biasa.Tetapi seperti kata peribahasa melayu'alah bisa tegal biasa' "Mungkin kerana malu,atau takut dicemoh dan dicaci orang"
Tetapi bukankah diantara sifat-sifat orang yang beriman itu bahawa adalah tiada takut caci-maki dan celaan orang yang mencela??


Kalau takut dicela kerana menunaikan titah perintah Allah,maka mustahil lah kita mendapat iman yang sebenar .


Mungkin ada yang keberatankerana berasa susah untuk mengendong anak.Ini pun satu alasan yang tidak munasabah!kerana wanta-wanita utama zaman dahulu juga beranak pinak juga, dan terpaksa mendukung anak bila perlu.Mereka boleh mendukungnya walaupun berasa agak sukar pada mulanya dengan pakaian yang menutup tubh itu.


Mungkin ada yang rasa keberatan kerana takut tiada dapat keluar rumah acapkali.Soalnya siapa yang menyuruh wanita-wanita beriman keluar rumah acapkali,jikalau tiada hajat atau dharurat dari segi syaria'h??

Mungkin ada yang merasa bahawa hukum tentang hijab ini amat berat,tak teramal oleh perempuan - perempuan melayu kita yang telah biasa bergelandangan di luar rumah.Ini juga alasan yang tidak munasabah!

Kerana tidak ada hukum Allah Ta'ala yang begitu berat sehingga menyusahkan kita.Kalau pun ada sedikit sebanyak kesusahan yang terasa , maka Allah Ta'ala menjanjikan bahawa bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan.

Kita perlulah mentaati Allah Ta'ala dengan redha,jika tiada upaya dengan redha,maka dengan bersabar.Bersabar dalam mentaati Allah Ta'ala seperti juga bersabar dalam menghadapi bala dan malapetaka.


Sebenarnya yang merasa berat iu hanya hawa nafsu kita,bukannya diri kita yang hakiki atau roh kita.Hukum hakam Allah dan peraturan-peraturanNYA itu telah diturunkan sesuai dengan fitrah atau sifat semulajadi kita,dan kita tiadalah dibebankan oleh Allah Ta'ala lebih daripada apa yang benar-benar dapat kita tanggung .

Tidak ada satu bukti pun daripada Al-quran , hadith atau kitab-kitab para ulama' yang menunjukkan bahawa tujuan wanita-wanita islam pada zaman nabi Muhammad s.a.w itu menutup muka ialah untuk memelihara muka mereka daripada debu.Bahkan mereka menutup muka itu kerana suruhan syara'.

Untuk tujuan pinang meminang,maka pihak yang hendak meminang dan pihak yang bakal dipinang boleh mencapai persetujuan dimana mereka boleh mengadakan satu keadaan untuk membolehkan bakal suami atau wakilnya untuk melihat anak gadis atau perempuan yang bakal dipinang itu didalam garis-garis yang diharuskan syara'.

WALLAHUA"LAM ...



4 comments:

  1. Assalamualaikum..terima kasih atas penjelasan ini. Now,i got the answer to explain to my mum.dia cakap bila pakai tetapi buang pada masa2 tertentu akan menyebabkan fitnah.means dengan etika kerja di Malaysia,memang tak boleh.tambah lak kalau jadi penjawat awam.berpurdah satu halangan???

    ReplyDelete
  2. hmm .. berkenaan dgn pemakaian purdah pada waktu kerja .. memang tidak dibenarkan .. bukan tempat kerja je .. institusi pengajian pun mengharamkan pemakain purdah .. jadi , purdah tersebut boleh dibuka ketika bekerja @ dalam kampus .. tapi,bile dh hbis kerja @ keluar dari kampus pakai lah balik .. ibaratkan purdah anda terlucut tyme kerja uh @ tyme belajar .. insyaAllah .. dengan usaha saudari akan membuahkan sedikit syafaat di akhirat kelak ..
    hadith:barangsiapa yang mengikuti sunnahku ketika rosak ummatku akan dikurniakan 100 pahala org mati syahid .. Wallahualam ..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, boleh tanya.. blog ni, tajuk lagunya apa ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...